Week 38 – Day 2

Nothing important happened today except the Public International Law lecture by the most respected lecturer. Some said that she will hold an unexpected mid term test for this subject next week. Whoaaa, this really makes me wanna freak out! Whatever comes around I should be prepared with everything in the right path.

As usual, the other lecture of Syariah Civil and Criminal Procedure always turn out to be cancelled!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Rindu

Sayu…Sedih..Rindu.. Itulah perasaan yang sering menyinggah dalam jiwa aku bila terpandangkan gambar kaabah. Rasa macam tak sangka pernah sampai di sana. Mengelilingi kaabah tujuh pusingan menyempurnakan tawaf, berulang alik dari safa marwah sebanyak tujuh kali bagi mengenangkan sirah Siti Hajar yang berlari mencari anaknya.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku terpilih untuk ke tempat suci itu sedangkan balik ke Malaysia aku kembali mengulangi dosa. Ya Allah, aku ingin dekat padaMu, maka hampirilah aku, kasihanilah aku, rahmatilah aku, berikanlah perasaan yang pernah aku rasakan ketika aku berada di sana, perasaan yang suci dari dosa, perasaan tenang yang tak tergambarkan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Week 38 – Day 1

          My Civil Procedure class today was held at the office of Faculty of Quran and Sunnah. Mr. Rosdi who is a practitioner in a legal firm has been invited to instruct us for the tutorial class. We had been assigned with some tutorial questions to be done together with our firm members. It was an interesting class because the real lawyer taught us in making a real notice of demand to be served to the other party involved. The class was run smoothly and we managed to reply the notice of demand when we need to act on behalf of the defendant. I hope that I could gain as much knowledge as I can for the sake of my future plan. InsyaAllah..

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ex-classmate

          Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Bercinta lah 37 kali pun dengan orang lain, tapi kalau Allah dah tentukan takdir kita, lari lah sejauh mana pun kaki kita mampu melangkah, takdir tetap takdir, tiada siapa yang mampu melawannya. Begitu jugaklah jodoh manusia, dikunci dalam peti besi yang mangganya setebal 15cm pun, kalau itulah jodoh kita, pasti akan bersatu juga.

            Dalam gambar ni dua-duanya kawan aku masa di SMAP Kajang. Yang perempuan ni classmate aku masa di 5 Uranus. Walaupun banyak memori aku di sekolah ni berjaya aku padamkan dari kotak ingatan tapi aku masih ingat siapa classmates aku, siapa dorm mates aku. Nama beliau ialah Hanisah dan suaminya Fakhrurrazi, kelas 5 Musytari.

          Kelas 5 Musytari ni kelas budak pandai, nak lagi pandai 5 Marikh. Kiranya aku tak ada lah kenal sangat dengan lelaki ni. Bercakap dengan dia pun aku tak ingat pernah ke tak. Aku dulu pendiam sangat, pura-pura thiqah, tak adanya nak bercakap dengan lelaki tak tentu pasal. Tapi sekarang aku dah berubah, pandai bersosial dalam ertikata yang positif demi masa depan.huahuahua

         Hanisah ni dulu tergila-gilakan lelaki lain masa sekolah dulu. Sampai satu sekolah tahu yang dia tu suka sangat kat Ketua Umum aku masa tu. Tak payah cerita lebih-lebih sebab dia pun dah jadi isteri orang. Aku doakan agar diorang berbahagia hingga akhir hayat. Seronok tengok couple yang kawin kemudian duduk oversea. ROmantik siot. hahaha

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Movie Review on Taken 2

          I should be in a lecture by Dr. Resali Muda but same goes to the PIL, the lecturer is not admiring at all! haha. I always complaint my lecturers right? How bad am I.

          Last night I was going to watch the latest movie in town which is Taken 2. For me I would rate is 4.5 out of 5 because it really gave me the feeling like my adrenaline was going upside down. Where is the other 0.5? I would like to criticize this movie because it shows that Muslims in the world are the bad religion that the world ever had. At the opening of this movie, a group of Muslims are reciting Surah Al Fatihah and Yassin for their relatives that had been killed by Bryan Mills in the last movie, if you watch it. This group that had been dealt with trafficking women and drugs was actually Muslim. Thus, the hero is actually fighting the bad Muslims from continuing with the criminals.

          My English is not so good, I wish to criticize more and more. I need to practice more and more and I will write many articles in English soon.

 

 

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments

New Words

Hi, morning everybody!

I should be prepared to present my Public International Law (PIL) tutorial question tomorrow. PIL is an interesting subject, indeed. But the lecturer is not admiring at all, always get mad to us the student and every time we always feel annoyed with the goddamn annoying lecturer. She claimed that there will no amnesty, empathy for us by minimizing the jokes and telling stories outside the scope of our subject. This isn’t good right? Not really happy at all.  Lecturer should be close to  their student, not to humiliate them. That’s the reality of PIL for these 2 semester.

I just watched The Mentalist, Season 5, Episode 1. My Patrick Jane is coming back for me. I am so happy right now and the new words that I’ve learnt today are

Ogle – State at lecherously

Whim – A sudden desire or change of mind, especially one that is unusual or unexplained

Vigilante – A member of a self-appointer group of people who undertake law enfrcement in their community without legal authority

Patrick Jane is really a fucking cunning and wise man. Love him!

 

 

 

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

Be Kind to Others

Sometimes, we should express our rare kindness to other people because it might make us happier in our life. Let me share some tips that may improve another’s life in small:

  1. Pay for the coffee, toll or other small purchase of the person in line behind you.
  2. Allow someone with only a few groceries to go in front of you
  3. Share your umbrella with someone who is without one
  4. Help an older person up the stairs
  5. Walk your friend’s pet if he or she is busy or ill.
  6. Tip well
  7. find a senior to connect with in your community
  8. Send a friend an unexpected card to show you’re thinking of her or him.

Till then, good luck!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Semoga Ada Umrah Untukku Lagi

Seperti biasa, bila malam menjengah, tak ada kerja sangat perlu aku buat, mestilah aku online. Belek-belek gambar orang, baca status orang dan macam-macam lagi. Ternampak pula satu gambar kaabah. Indahnya. Dah tertengok, pastinya terbayang akan suasana di sana. Dah terbayang, nak tengok betul-betul dengan mata. Buka Makkahlive.net. Dah dengar suara imam baca Al-Quran, rindu mula bertandang dan pastinya rasa macam nak ke sana sekarang juga. Tapi tak semudah tu. Tunggulah jika diberi peluang lagi akan ada umrah untuk aku lagi selepas ini. Biarlah aku usaha sendiri untuk ke sana tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Pastinya ia lebih bermakna buat diri sendiri. InsyaAllah.
Continue reading →

Posted in Agama dan Pedoman, Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi | Tagged , , | Leave a comment

Ramadhan Kareem – Live Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Assalamu’alaikum

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakabar. Ramadhan datang lagi buat seluruh umat Islam di muka bumi. Ramadhan yang sama semoga dengan natijah yang berbeza.

Terdetik di hati ini untuk menikmati suasana Ramadhan dari tanah suci sana tetapi tahu sama sekali tidak mampu. Aku taip di Google tanpa sengaja manalah tahu kalau ada live dari Mekah bagi merawat rindu yang membuak. Ya Allah, terjumpa aku pada website yang menyediakan video live dari Mekah. Ya, inilah channel yang aku tonton di TV semasa aku berada di sana.

Klik gambar untuk ke website yang dimaksudkan.

Biarpun jasad ini tidak di sana tetapi sesungguhnya hati ini sentiasa subur dan mekar dengan memori yang masih kukuh terpahat di jiwa. Aku rindu pada bayu dan bauan dari tanah suci itu, aku rindu pada jalanan yang pernah aku susuri, aku rindu pada keramaian manusia yang berhimpit bersesak dan aku rindu untuk mendapat ketenangan yang tak pernah aku rasakan di tempat lain di atas muka bumi ini!

Semoga dengan kenangan ini mampu menetapkan dan menguatkan jiwa aku di saat lemahnya iman aku. InsyaAllah.

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua.

Posted in Bicara Hati, Haramain, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi | Tagged , , , , | 7 Comments

Menanggung Rindu

Assalamu’alaikum

Dua tiga hari ni, aku pergi office, lawyer aku cerita pasal dia pergi umrah. Seronok tau dengar orang pergi umrah ni sebab aku tahu perasaan tu macamana. Hari ni aku masuk office, ada pulak gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di ruang legar tu, lama aku tenung gambar tu, jiwa melayang ke sana. Oh, indahnya perasaan tu hanya Allah saja yang tahu. Perasaan ni tertarik-tarik kerana terlalu rindu. Hanya mampu berdoa agar aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi…..

Video kat bawah ni malam terakhir aku berada di Masjidil Haram. Lama aku bertenggek di tepi tu menatap kaabah yang dijanjikan 20 rahmat jika memandangnya sahaja. Merakamkan memori Maghrib dan Isyak aku yang terakhir di Masjid yang mulia dan suci ini. Ramainya manusia kan? Kalau korang tengok video ni, ada orang ramai lalu depan kamera ni tu sebenarnya mereka sedang bertawaf. Tawaf boleh juga dibuat di tingkat atas bukan berdekatan kaabah tu saja. Asalkan lengkap 1 pusingan maka itupun dikira tawaf.

 

 

Aku harap sangat-sangat agar satu hari nanti aku boleh menjejakkan lagi kaki ke sana. Sangat-sangat berharap sebab aku terlalu rindu. Dan aku pelik kenapa ada segolongan manusia ni yang suka mempersoalkan orang lain yang pergi umrah banyak-banyak kali padahal kalau dia tu melancong merata satu dunia tu ada orang nak kisah? Pergi sana sini seluruh pelusuk dunia tapi Tanah Suci Haramain tak pernah pulak masuk senarai untuk pergi? Nampak tak sebenarnya Allah masih belum nak menjemput dia ke sana dan lebih baik berdoa agar Allah sudi menjadikan kamu sebagai tetamu di sana. Sekian 🙂

Posted in Agama dan Pedoman, Bicara Hati, Haramain, Info dan Artikel | Tagged , | 17 Comments