Ex-classmate

          Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Bercinta lah 37 kali pun dengan orang lain, tapi kalau Allah dah tentukan takdir kita, lari lah sejauh mana pun kaki kita mampu melangkah, takdir tetap takdir, tiada siapa yang mampu melawannya. Begitu jugaklah jodoh manusia, dikunci dalam peti besi yang mangganya setebal 15cm pun, kalau itulah jodoh kita, pasti akan bersatu juga.

            Dalam gambar ni dua-duanya kawan aku masa di SMAP Kajang. Yang perempuan ni classmate aku masa di 5 Uranus. Walaupun banyak memori aku di sekolah ni berjaya aku padamkan dari kotak ingatan tapi aku masih ingat siapa classmates aku, siapa dorm mates aku. Nama beliau ialah Hanisah dan suaminya Fakhrurrazi, kelas 5 Musytari.

          Kelas 5 Musytari ni kelas budak pandai, nak lagi pandai 5 Marikh. Kiranya aku tak ada lah kenal sangat dengan lelaki ni. Bercakap dengan dia pun aku tak ingat pernah ke tak. Aku dulu pendiam sangat, pura-pura thiqah, tak adanya nak bercakap dengan lelaki tak tentu pasal. Tapi sekarang aku dah berubah, pandai bersosial dalam ertikata yang positif demi masa depan.huahuahua

         Hanisah ni dulu tergila-gilakan lelaki lain masa sekolah dulu. Sampai satu sekolah tahu yang dia tu suka sangat kat Ketua Umum aku masa tu. Tak payah cerita lebih-lebih sebab dia pun dah jadi isteri orang. Aku doakan agar diorang berbahagia hingga akhir hayat. Seronok tengok couple yang kawin kemudian duduk oversea. ROmantik siot. hahaha

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s