Menanggung Rindu

Assalamu’alaikum

Dua tiga hari ni, aku pergi office, lawyer aku cerita pasal dia pergi umrah. Seronok tau dengar orang pergi umrah ni sebab aku tahu perasaan tu macamana. Hari ni aku masuk office, ada pulak gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di ruang legar tu, lama aku tenung gambar tu, jiwa melayang ke sana. Oh, indahnya perasaan tu hanya Allah saja yang tahu. Perasaan ni tertarik-tarik kerana terlalu rindu. Hanya mampu berdoa agar aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi…..

Video kat bawah ni malam terakhir aku berada di Masjidil Haram. Lama aku bertenggek di tepi tu menatap kaabah yang dijanjikan 20 rahmat jika memandangnya sahaja. Merakamkan memori Maghrib dan Isyak aku yang terakhir di Masjid yang mulia dan suci ini. Ramainya manusia kan? Kalau korang tengok video ni, ada orang ramai lalu depan kamera ni tu sebenarnya mereka sedang bertawaf. Tawaf boleh juga dibuat di tingkat atas bukan berdekatan kaabah tu saja. Asalkan lengkap 1 pusingan maka itupun dikira tawaf.

 

 

Aku harap sangat-sangat agar satu hari nanti aku boleh menjejakkan lagi kaki ke sana. Sangat-sangat berharap sebab aku terlalu rindu. Dan aku pelik kenapa ada segolongan manusia ni yang suka mempersoalkan orang lain yang pergi umrah banyak-banyak kali padahal kalau dia tu melancong merata satu dunia tu ada orang nak kisah? Pergi sana sini seluruh pelusuk dunia tapi Tanah Suci Haramain tak pernah pulak masuk senarai untuk pergi? Nampak tak sebenarnya Allah masih belum nak menjemput dia ke sana dan lebih baik berdoa agar Allah sudi menjadikan kamu sebagai tetamu di sana. Sekian🙂

This entry was posted in Agama dan Pedoman, Bicara Hati, Haramain, Info dan Artikel and tagged , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Menanggung Rindu

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    insyaallah..
    dengan izin-Nya
    akan kesana jua nanti🙂

  2. insan biasa says:

    tanah suci yang cukup melapangkan hati…

  3. LilyNrman says:

    Azan di sana kedengaran begitu merdu dan syahdu sekali. Sayu pulak Lily dengar. 😦 😦

    Semua orang fokus nak menunaikan ibadah sahaja kan? Cantik betul rekaan-rekaan di sana.

  4. akubiomed says:

    Ada rezeki nanti dengan bakal suami pula.

  5. Sama-sama kita menanggung rindu tanah suci-Nya. Pada penantian ada seninya.

  6. tehr says:

    moga2 aku juga diberikan Tuhan rasa rindu ini
    amin

  7. nizamghazi says:

    Indah sungguh suasana di sana. Suara azannya sungguh merdu dan menenangkan. Wajah adele juga sunguh bersih dan bercahaya. Kita adalah sangat jauh berbeda dari segi pendekatan agama. Mungkin one day saya akan ke sana 😥

  8. Mekar says:

    Tak pernah pegi sana lagi. InsyaAllah ada rezeki pasti sampai ke sana juga🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s