Safa dan Marwah (2)

Sambungan Safa dan Marwah (1)

Photobucket

          Aku cuba berlagak tenang walaupun di dalam dunia realitinya akulah manusia yang paling kalut. Lama kami berdiri di tangga tu menunggu kedatangan ayah. Aku cuba memandang dari kejauhan lelaki-lelaki yang berpakaian ihram. Sesekali umi berkata “yang tu kan ayah?” sambil menunjuk ke arah lelaki yang berpakaian ihram, berbadan tough yang nampak seperti ayah. Aku tak rabun, aku tahu itu bukan ayah. Aku tahu dalam situasi macam ni mesti umi sangat-sangat mengharapkan itulah ayah yang ada di depan mata.

          Aku cakap kat ummi, jom kita solat sunat hajat. InsyaAllah nanti kita akan jumpa ayah semula. Kami solat berdekatan beberapa orang perempuan Indon. Lepas solat hajat, aku cakap kat ummi aku nak cari ayah. Umi tanya macamana pula kalau akak tak jumpa umi? Aku memang dah nak nangis dah ni. Kesian sangat kat ummi. Tapi aku tahan juga daripada melakukan reaksi yang menyebabkan umi boleh meraung kat situ. Aku cakap, akak janji akak akan datang semula dekat umi. Dalam hati aku memang aku janji aku akan datang semula dekat umi supaya umi tak kehilangan ayah dan aku.

Photobucket

           Aku pun berjalan di dalam keramaian manusia demi mencari ayah. Aku tak putus-putus berdoa agar dipertemukan dengan ayah semula. Aku nak tengok ayah. Aku nak jumpa ayah. Hanya Allah yang tahu betapa aku nak bertemu dengan ayah walaupun di kala itu seperti amat mustahil dalam kebanjiran manusia di sekitar Kaabah.

Tiba-tiba, aku nampak kelibat ayah sedang berjalan di tingkat bawah (aku berada di tingkat atas). Muka ayah tenang macam tak ada benda berlaku. Aku cuba fokuskan pada sesubuk tubuh tu betul ke tak ayah ni? Hati aku macam dah gembira dah. Aku berjalan laju mendekati ayah yang memang tak nampak aku sebab ayahkan rabun. Memang sah, itu ayah. Ya Allah, leganya perasaan aku ketika itu dapat melihat ayah di depan mata aku. Aku panggil ayah “ayah!“. Aku tanya ayah, “ayah pergi mana?

Photobucket

“Ayah pergi saie lah. Tadi lepas solat ayah tengok akak dengan ummi tak ada dekat belakang ayah, lama ayah tunggu ayah pergi lah saie dulu. Akak dah buat saie ke belum?”

          Fuuuh. Mujur aku tak menangis masa tunggu ayah tak balik-balik tadi. Rupanya ayah aku pergi saie tinggalkan aku dan ummi. Patutlah lama semacam. Saie kan kena buat tujuh pusingan. Sebab tu lah dekat sejam lebih ayah tak datang-datang.

Photobucket

pasangan suami isteri yang berjaya disatukan semula

“Belum lagi..tunggu ayahlah,ummi dah nangis-nangis ingat ayah hilang ke pengsan ke“. Ayah aku gelak. Kami pun pergi menuju ke umi. Umi masa tu tengah mengadu kat perempuan Indonesia tu yang suami dia hilang. Bila dia nampak je aku bawa ayah terus dia berlari ke arah kitorang sambil mengeluarkan air mata kegembiraan. Ayah aku gelak je tengok isteri dia kehilangan suami. Aku pun dah lega walaupun sebenarnya aku nak meraung dalam tempoh kehilangan ayah.huahua

          Ayah pun temankan aku dan ummi buat saie. Selesai saie, kitorang pun balik ke hotel dan terus tidur akibat kepenatan yang amat. Masa tu pukul 3.45 pagi.

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Safa dan Marwah (2)

  1. akubiomed says:

    Ia mengingatkan kesah Siti Hajar berulang alik sebanyak 7 kali kerana kehabisan air.

  2. tehr says:

    Allah berikan sedikit kegelisahan kerana mahu berikan banyak kegembiraan
    Maha Suci Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s