Safa dan Marwah (1)

Assalamu’alaikum

          Selepas perjalanan lebih kurang 6-7 dari Madinah ke Mekah, akhirnya kami tiba di Tanah Haram Mekah. Masa aku sampai tu aku memang mengantuk yang amat, sebab hampir separuh perjalanan dari Madinah aku tahan mata, tengok pemandangan kat luar, rakam perjalanan dan ambil gambar banyak-banyak dari dalam bas yang sedang berjalan menggunakan mode “Sport” yang mampu menahan getaran dan hasilnya seperti di bawah!

Photobucket

Photobucket

Padang pasir

Photobucket

Photobucket

Kalau naik bas 6-7 jam, kalau Rasulullah berhijrah dulu melalui padang pasir ni pasti mengambil masa yang lama.

Photobucket

Photobucket
Petang di padang pasir
Photobucket
Sunset di pasang pasir

        Berbalik kepada tajuk iaitu Safa dan Marwa. Hari pertama aku sampai di Masjidil Haram, ayah bawa aku dan ummi untuk menunaikan tawaf yang pertama dalam hidup aku. Selepas habis tawaf, ayah suruh buat solat sunat tawaf. Aku dan ummi pun solatlah sunat. Masa ayah tengah solat, tiba-tiba ada pula lelaki cleaner yang simbah air sabun sekitar tempat kami solat sebab nak cuci lantai masjid, terpaksalah ayah berpindah ke tempat lain sementara aku dan ummi sempat menyudahkan solat sunat.

           Ayah cakap tunggu ayah solat sunat kejap. Aku dan ummi cakap oklah. Tiba-tiba aku rasa macam nak tambah solat sunat sikit, aku pun ajak ummi untuk solat depan sikit daripada ayah. Lepas habis je salam, aku tengok ayah dah tak ada kat belakang aku. Aku dan ummi pun naiklah ke tangga berdekatan mana lah tau ayah sedang tunggu kitorang kat situ. Cari punya cari, ayah masih tak ku temui. Aku cakap kat ummi, mungkin ayah ada kat tangga Malik Abdul Aziz kut sebab tangga itulah tempat kami berjanji jikalau kami terpisah. Aku dan ummi pun ke sana. Tapi ayah tetap tak ada. Hati pula semakin risau.

          15 minit..setengah jam..1 jam..1 jam setengah..ayah masih tak kami temui. Aku dan ummi setia berdiri di tangga. Sempatlah aku dan ummi berborak dulu dengan gadis magribi. Ummi suruh aku tanya macam-macam kat perempuan maghribi tu, berbelit lidah aku nak tanya itu ini. hewhew. Tapi semangat kut aku fikir nahu masa nak bercakap tu. Macam bagus! Nasib baik perempuan tu faham apa aku nak cakap dan Maghribi pun bahasa Arabnya adalah Arab fasohah.

           Dah hampir dua jam aku dan ummi tunggu ayah. Umi dah bergenang air mata. Risaukan ayah tiba-tiba hilang daripada kami. Kalau umi dah bergenang air mata, takkanlah aku nak bergenang juga mestilah umi lagi bertambah sedih walaupun hati aku sebenarnya dah meraung-raung. Sedih dan sangat risau ke mana sebenarnya ayah pergi ni?😥 Macam-macam yang aku fikirkan, ayah pengsan ke? Ayah tersepit dalam orang ramai ke? Ayah kat mana sebenarnya ni? Dalam hati aku tak putus-putus berdoa keselamatan ayah. Sampaikan aku fikir kalau Allah S.W.T nak ambil nyawa ayah dekat tanah haram ni aku redha. Kalau di depan Kaabah ini tadi lah tempat terakhir kami bertemu, aku redha. Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu.

         Ummi cakap “ayah tak pernah macam ni akak, kalau ayah janji tunggu kat satu tempat tu, kat situ lah ayah akan datang”. Umi merujuk kepada situasi yang sebelum ni masa diorang buat umrah…

Bersambung.

Aku nak buat nota Evidence.

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Safa dan Marwah (1)

  1. tehr says:

    aku dah mula nak sedih ni
    sebenarnya macam mana cerita akhir ni?

  2. Wah, suspen ni… harap2 ayah tu ok jer. Tak sanggup kawe baca kisah sedih.
    Btw, cantik gambar-gambar tu. Cuma ambik dalam keta ya? maybe kalau dapat kuar keta, sure lebih jelas lagi.

    • adele says:

      ambil dari dalam bas..tak berhenti mana2 pun yg membolehkan utk snap gmbr..kalo kat luar mmg komfem jelas🙂

  3. Pingback: Safa dan Marwah (2) | CetusanHati

  4. suri says:

    eh kakak asal leh sambung plk ni adui..dh takat mana dah tada air mata umi tu hehu,, kesian umi..❓

  5. Pingback: Homepage

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s