Jalanan di Mekah

Assalamu’alaikum

          Seingat aku, masa di Mekah, rutin harian aku ialah bangun pagi lebih kurang 4.15, berus gigi dan kalau rajin aku mandi dulu, lepas tu pergi masjid untuk solat subuh. Sebelum masuk subuh aku solat sunat dan mengaji sikit, lepas tu duduk berteleku sambil tersengguk-sengguk dan ummi masih terus menerus melakukan solat sunat.

         Lepas solat subuh, balik ke hotel, sarapan pagi, naik ke atas bilik, tidur, dalam tiga kali aku, ummi dan ayah pergi keluar dari tanah haram untuk berniat di Miqat untuk menunaikan umrah.

        Lepas tunaikan umrah, kami balik ke hotel dan berehat. Pukul 5.30 petang dah bersiap-siap untuk ke Masjid untuk solat maghrib, pergi masjid semula dan antara waktu Maghrib dan Isyak tu isi masa dengan beribadah dan kalau rajin aku keluar berjalan dengan Nadiatul Husna, kawan baik aku yang berumur 19 tahun ketika di sana.

           Lepas isyak, balik ke hotel untuk makan malam dan lepas tu lepak di bilik Nadia borak-borak dan gosip-gosip. Ummi dan ayah duduk kat bilik. Aku je suka melangsang duduk lepak kat bilik orang. Yelah, makcik-makcik yang aku kenal semuanya best. Boleh dijadikan kawan. Pukul 10 aku balik bilik lepas tu tidur. Dan rutin berulang-ulang setiap hari macam tu. Walaupun sama tak pernah bosan. Bagaikan tak ada masalah untuk difikirkan. TENANG.

          Video ni diambil masa aku nak balik dari masjid ke hotel selepas solat Isyak. Kenangan yang sangat indah walaupun bersesak-sesak dengan keramaian manusia dari kepelbagaian bangsa dan bahasa. Aku tak suka dengar suara aku. Semua orang tak suka dengar suara sendiri bila dirakamkan? haha.

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Jalanan di Mekah

  1. akubiomed says:

    Untung muda-muda sudah pergi buat umrah.

  2. tehr says:

    Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat-Nya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s