Tawaf Wida’

Bismillahirrahmanirrahim

          Subuh itu aku ke Masjidil Haram dengan ayah, melangkah di jalanan dalam kesejukan musim dingin di Makkah. Syukurlah jubah tebal yang selalu aku pakai di Malaysia berguna di bumi asing ini. Aku menikmati suara imam subuh yang gemersik, alunan yang menenangkan dan tentu sekali jauh bezanya dari imam-imam yang ada di Malaysia. Orang arab yang memahami bahasanya sendiri sudah tentu mengalunkan ayat-ayat quran dengan nada sesuai bagi menggambarkan penceritaannya. Hasilnya, seluruh umat dalam Masjid itu biarpun berbeza bangsa,bahasa akan menghayati kalimah-kalimah suci itu dengan teliti dan penuh ketekunan sehingga mampu mengalirkan air mata manusia yang masih ada keinginan untuk taubat dalam dirinya.

      Pagi itu kami berkemas-kemas sebelum meninggalkan hotel untuk menunaikan tawaf wida’. Tawaf yang terakhir sebelum meninggalkan masjidil haram, sebelum langkah yang terakhir dari tanah haram. Ketiga-tiga bagasi kami sudah diikat ayah, beg-beg kecil pun sudah ditutup rapi agar tiada nyawa beg-beg kami yang melayang. Ayah ke Masjidil Haram untuk dhuhanya sementara aku dan ummi berbaring-baringan di atas katil sambil menonton siaran langsung sekitar Kaabah yang disiarkan 24 jam di televisyen.

       Lebih kurang pukul 11 pagi, kami membawa bagasi-bagasi turun ke lobi. Masa untuk meninggalkan bumi Makkah semakin menghampiri. Hati kian sebak tetapi masih boleh ditahan lagi. Aku memakai Jubah Jordan berwarna hitam yang dibeli lebih kurang 2 tahun lalu bersama tudung bawal bidang 60 yang aku belit agar tidak menampakkan batang leher. Ada juga makcik yang tegur kenapa Dila tak pakai telekung? Aku sekadar tersenyum. Tahu apa yang melintasi benak fikirannya. Telekung itu hanyalah adat orang Melayu makcik. Selagi aurat itu tidak dinampakkan tak salah untuk kita pakai pakaian apa sekali pun untuk bersolat bahkan tawaf pun tak mengapa. Mujurlah umi tolong jawabkan untuk aku sekaligus membela anak daranya. Makcik itu terangguk-angguk walau aku tahu sukar untuk menerima pendapat baru menentang pegangan adat bab telekung ini.

       Aku, ummi dan ayah berjalan menuju ke Masjidil Haram. Aku merakamkan pandanganku di sekitar jalanan yang bakal aku tinggalkan sikit sahaja lagi. Pintu yang biasa kami masuk ialah di Pintu Malik Abdul Aziz. Aku minta ayah ambilkan gambar di hadapan pintu sebelum menunaikan tawaf wida’. Kami masuk ke dalam masjid lalu menikmati air zamzam yang tidak pernah putus-putus dibekalkan. Kemudian terus menunaikan tawaf wida’ ketika matahari semakin tegak di kepala. Panasnya bukan kepalang sehingga kulit aku terbakar lepas balik Malaysia. Tapi panas di dunia bolehlah kita elak-elak, panas di akhirat tak siapa boleh selamatkan.

           Selesai tawaf, kami menunaikan solat sunat musafir dan solat sunat tawaf. Ketika ini sebak di dada tidak mampu untuk aku tahan lagi. Tertahan-tahan rasanya air mata ini dari mengalir. Aku malu jika menangis di hadapan orang, mujurlah kaca mata hitam aku bawa sekali. Aku pakai. Air mata mengalir. Aku pandang ayah, aku lihat ummi. Aku lihat air mata ayah mengalir laju, mencurah-curah tidak berhenti. Saat itulah aku lepaskan segala rasa di hati mengalir bersama air mata yang menjadi bukti bahawa inilah kali terakhirnya aku memandang Kaabah di tanah haram ini. Sebaknya hati Allah sahaja yang tahu. Seperti mahu terus hidup di sini memandang Kaabah hari-hari. Kami semakin menjauhi Kaabah, tertoleh-toleh dari kejauhan kerana tidak sanggup untuk berpisah. Ayah masih menangis. Ummi juga. Aku pun. Sunyi mencelah di antara kami sehinggalah tiba di lobi hotel, berjumpa dengan jemaah yang lain, perasaan hiba semakin terlupakan namun rindu itu terbawa-bawa ke Malaysia sehingga ke hari ini..

This entry was posted in Haramain, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tawaf Wida’

  1. Miss Amy says:

    tawaf wida’ ni tawaf selamat tinggal kan.. dilakukan ketika kita dah selesai mengerjakan umrah/haji…kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s