2 medal dalam sebulan

Assalamu’alaikum

Letih…memang letih. Tapi aku boleh ambil masa sikit untuk update blog. Tadi lepas game pingpong, aku balik rumah, nak tidur kejap, banyak pulak gangguan, ramai pulak yang hantar mesej suruh buat kerja yang tu, tambah part yang sana, buat yang sini. Sabar je lah walaupun ikutkan hati memang aku dah hangin dah, rasa nak campak je henpon tu. Aku tak suka silent hp masa tidur sebab takutlah ada hal penting-penting ke nanti aku tak sedar pulak. Gangguan yang paling buat aku nak jadi raksasa ialah tiba-tiba india mewakili tuan rumah aku ni datang mengejut mintak duit sewa. Aduhlah.. rasa nak bagi penyepak pun ada sebab aku memang letih yang amat. Dahlah sewa rumah naik mendadak memang sadis betul kehidupan sem ni. huwaaaa

Ok. Abaikanlah bab tu. Hari ni aku menang main pingpong lagi. Bermakna, bulan ni je aku dapat 2 medal. Memang tamak. Tapi best jugak kumpul medal banyak-banyak ni. Rasa macam berbaloi pergi training tiap minggu. Lepas tu menang banyak.

Satu medal tu gangsa aku menang tempat keempat dalam Kejohanan Pingpong IPT 2012 yang diadakan di Kuantan baru-baru ni. Tempat keempat pun ok apa sebab memang target kitorang untuk ke semi-final tercapai jugak. Habuan pun sedap jugak. Tempat pertama, kedua dan ketiga memang sah-sah lah cina. Semua diorang conquer. Kalau bola chop aku budak perempuan melayu tak boleh angkat, budak cina yang ceded sepak macam tu je. Aku pun termalu-malu sendiri. haha. Tapi tak apa, masa masih ada dan fokuskan untuk MASUM untuk buat yang lebih baik. Sekian.

This entry was posted in Bicara Hati, Kehidupan Peribadi, Photography, Sukan dan Rekreasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to 2 medal dalam sebulan

  1. shidasen says:

    Assalamu’alaikum, salam singgah..

    Bagus aktif bersukan disamping pelajaran..keep up a good work..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s