Sabar, Sabar dan Terus Sabar

Assalamu’alaikum

Di saat aku menulis ni memang aku tengah bersabar dengan lambakan kerja yang menimbun. Allah saja yang tahu rasa nak pecah dada dan kepala sebab ketensionan menghadapi hari-hari yang banyak dengan kerja. Aku tak mengeluh. Aku buat semua tapi aku nak kena luah juga.huahua

Alhamdulillah, selesai sudah satu Midterm Test, Administrative Law. Aku pun tak tahu apa yang aku mengarut dan meraban atas kertas jawapan tadi. Baca buku pun tak seberapa, jawab pun mestilah tak seberapa jugak. Esok tak ada tutorial Administrative Law tapi Public International Law tetap ada. Sepatutnya terbalik barulah best. Tadi budak-budak tutorial 4 memang kena basuh habis dengan lecturer. Lecturer kitorang ni memang sejak kitorang tahun 2 memang suka sental student. Sampai tertahan-tahan suara nak keluar lagi. Kalau tak tahan telinga, memang menangis kat depan lah weii.. Esok kelas aku tak tahu lah pulak apa nasibnya. Presentation part aku pun tak siap lagi.

Haaaah. Nafsu makan aku pun semakin menjadi-jadi dan membuak-buak. Satu yang aku perasan kalau aku tension memang aku kuat makan. Kiranya kalau duit habis untuk makan memang aku tak kisah. Mahal murah memang aku belasah. Ni kejap lagi Huda bawak balik kuew teow Tom Yam, lepas tu aku bercadang nak makan nasi lemak ayam berempah pulak.

Minggu depan ada 2 paper Midterm dan 2 assignments kena hantar. Sejak ada masalah dalaman tentang bidang pengajian aku ni, semangat untuk belajar aku memang merudum. Rasa nak cepat habis dan nak sambung master cepat-cepat. Semalam aku usha laman web UKM, aku cari kos yang aku minat untuk sambung master nanti, alhamdulillah ada. Habis je ijazah aku nak apply untuk Sarjana Ekonomi Islam pengkhususan Perbankan Islam. Memang aku minat sangat-sangat bidang ni sebab tu kalau habis cepat ijazah ni lagi aku suka sebab boleh belajar bidang yang aku suka.

Argghhh…Seronoknya berangan bab masa depan. Macam-macam aku nak buat! Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku..

dan satu prinsip yang aku pegang hingga hari ini, jadilah diri sendiri!

This entry was posted in Bicara Hati, Kehidupan Peribadi, Memorable Quote and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Sabar, Sabar dan Terus Sabar

  1. mrpara says:

    Artikel yang penuh cita-cita🙂
    Hope Adele dapat sambung Master. – respect habis
    Teringin nak belajar law since ianya menjadi keperluan knowledge zaman sekarang.
    Barulah boleh conquer Malaysia. – hah berangan ;(

    Nanti dah berjaya jangan lupakan saya tak seberapa ni

  2. shidasen says:

    Assalamu’alaikum, salam kenal. Semoga tercapai cita-cita. Zaman belajar memang seronok, enjoy your life..

    • adilah says:

      Wa’alaikumussalam.. salam kenal juga🙂

      terima kasih atas doa anda.. zaman belajar mmg seronok..sy akn merindui semua kesusahan dan kepayahan yang dilalui🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s