Semakin Jauh

Assalamu’alaikum..

Rindunya aku pada bumi Haramain..Bilalah agaknya aku boleh menjejakkan kaki ke sana lagi. Entah-entah tak diberi kesempatan lagi untuk ke sana. Hampir dua bulan berlalu selepas umrah yang lepas. Tapi setiap kali aku pejamkan mata, aku mampu membayangkan dan merasakan suasana di sana. Tenang,indah,bebas daripada gundah. Umpama syurga dunia sebab kat sana tak payah nak fikir apa yang perlu aku buat. Setiap waktu adalah untuk beribadah. Berjalan kaki ke Masjidil Haram merupakan memori yang sangat indah. Ya Allah…..rindunya aku…

Ya Allah..
Rindunya aku pada tanah haramain yang kupijak..
Jiwa ini mencengkam, hati ini merindu..
Pada keramaian ummat di Masjid Nabawi..
Pada kesesakan hamba di Masjidil Haram..

Ya Allah..
Aku rindu untuk bersujud berdekatan di sisi kekasihMu..
Pada haruman yang menabur di jalanan itu..
Aku rindu bersujud di lantai sejuk..
Berhadapan kaabah sehingga lunturnya keangkuhanku..

Bila dekat sini, mulalah iman lemah semula..Susahnya nak menjaga hati, susahnya nak menjaga akhlak,mata dan sebagainya. Risaunya jika dijemput ajal ketika diri sedang melakukan dosa..😦

Masa dalam flight nak ke sana dan balik sini, aku asyik dengar lagu ni je. Sampailah sekarang kalau aku dengar lagu ni mesti teringat suasana dalam flight walaupun lagu ni tak ada kaitan dengan ketuhanan pun.uhuhu

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Semakin Jauh

  1. Miss Amy says:

    Tahniah kerana dengan usia yang muda telah menunaikan umrah..jarang pada usia yg muda ni org nak tunaikan umrah walaupun ada kesempatan dan kemampuan.. pasti tenangkan berada disana.. Dah pegi sekali pasti nak pegi lagi.. Miss Amy tringin jugak nak pegi..

    • adilah says:

      terima kasih Miss Amy..mmg tenang sekali tinggal di sana walau hanya untuk 2 minggu..sy doakan Miss Amy diberikan kesempatan utk kesana..insyaAllah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s