Carcamarba

Assalamu’alaikum

Kejohanan Pingpong IPT 2012

Esok aku akan berangkat ke Kuantan sempena Kejohanan Pingpong IPT 2012 yang diadakan di Kompleks Sukan UIA, Kuantan. Walaupun kerja berlambak tapi aku ikhlaskan hati jugak pergi ke sana. Buku-buku pun aku akan angkut,kes-kes yang perlu direview pun akan dibawa juga. Mujurlah menginap di homestay, harapnya lebih selesa untuk aku menelaah di saat aku tak ada game. Kali ini, seperti tahun lepas, aku ditempatkan dalam pasukan bermakna aku bawa nama universiti. Dalam satu pasukan ada 3 orang, 2 orang lelaki dan 1 perempuan, perempuan tu lah aku.

Aku dalam proses mempelajari violin. Memang aku minat untuk belajar main alat muzik, ingat aku nak mulakan dengan belajar piano dulu tapi adik aku suruh belajar violin. Aku dan dia pun berkongsilah duit untuk beli violin comel ni. Susah juga benda alah ni nak dimain, mujurlah aku dah biasa dengan chord music sikit-sikit. Bolehlah kenal mana satu G ke D ke A ke E ke. Tapi seriuslah aku tak ada masa nak mendalami violin ni lagi. Tapi…aku dah pandai main lagu Twinkle Twinkle Little Star. Ok apa?

Anak kucing

Anak kucing belakang rumah aku dah datang semula. Besar dah diorang. Ingatkan tak sudi dah nak datang sini lagi. Aku pun bagilah diorang minum susu pekat manis yang dibancuh dengan air suam. Nak beli susu ducth lady dah tak mampu dah. hehe.

Oklah…sekian.

This entry was posted in Bicara Hati, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Carcamarba

  1. Masa saya belajar dulu, tak sempat nak buat apa yang saya suka. Asyik belajar je

  2. Padin No says:

    hehee puteri ping pong nih, harap ada kejayaan di sana,😀

  3. MDHAFiZ.NET says:

    lama x jenguk sini .. . apa khabar kamu ?? hehehehe .. .

  4. mekar24 says:

    Salam adele.
    Sibuknya. Macamana? menang ke main pingpong.

    pst: bertuah la kucing tu dpt minum susu pekat manis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s