Sheikh Abdullah ‘Awwad Al Juhani

Assalamu’alaikum

Akhirnya, nama imam yang aku tercari-cari sejak balik dari Umrah hari tu jumpa juga. SHEIKH ABDULLAH ‘AWWAD AL JUHANI. Sebenarnya, malam terakhir aku di Mekah, aku dan ayah keluar jalan-jalan untuk membeli hadiah buat Syafi, Muna dan Amir. Sebelum sampai ke kedai yang kami tuju, kami singgah dulu di kedai VCD yang menghimpunkan imam-imam Masjidil Haram. Aku tanya kat ayah, nak beli CD yang imam suara sedap tu boleh tak? (Ceh, baik sangat tanya ayah dulu sebab aku tak ada duit riyal, kalau kat Malaysia tak pernah nak tanya). Aku pun tanya tuan kedai, imam yang biasa Solat Isyak tu siapa ya?

Dia pun macam konfius mungkin sebab mereka bergilir jadi imam. Dia pun pasanglah satu-satu CD imam yang biasa jadi imam Solat Isyak. Dan bila dia pasang CD syeikh Abdullah ni, aku rasa macam betul dah lepas tu kami pun beli CD tersebut dengan harga 10 Riyal.

Bila balik ke Malaysia, aku pasang CD tu macam lain pulak suara dia dengan suara yang aku rakam di Masjid. Berbeza. Jadi aku anggap, CD yang aku beli tu bukanlah imam yang aku maksudkan. Aku pun duk ulang-ulang yang aku rakam tu je lah. Baru hari ini aku berkesempatan nak google dan tengok youtube. Allahuakbar! Memang beliaulah imam yang aku tercari-cari selama ni. Cuma, suara beliau berbeza lagu dan tone suara agak lain bila dirakamkan dalam CD. Aku pun dah gembira sekarang.🙂

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s