Kisah di Pagi Buta

Assalamu’alaikum

Alkisahnya, pukul 11 aku balik rumah daripada kampus, selesai training pingpong. Letih. Penat. Rasa nak tidur biasalah tu. Baring-baring sekejap lantas tertidur. Niat untuk mandi pun berlalu begitu sahaja.

Tiba-tiba, dalam lena aku, aku tidur kaki sambil berlipat ke atas, tak tahu lah nak gambarkan macamana. Fikirlah sendiri. Aku rasa macam ada sesuatu yang jalan-jalan kat buku lali. Dalam tidur aku, aku boleh tahu bahawa beliau ialah lipas. Lantas aku tepis tanpa memandang beliau dah sah..memang sah..memaaaaang sah. Macam biasalah kalau kejadian macam ni berlaku mesti aku berdebar-debar sambil cepat je aku cari pembantu setia aku bernama Baygon. Aku sembur sampai dia mati. Padan muka. Tensionlah hidup macam ni. Kalau tidur buka pintu mesti dia masuk. Takkanlah setiap malam aku kena tutup lubang bawah pintu semata-mata taknak bagi lipas redah masuk.

Yang aku pelik, Sarah yang tidur kat ruang tamu dia tak kacau pulak? Tensionlah. Serius tension hidup ni kalau berkaitan dengan lipas.

Aku tengok jam pukul 2.45 pagi dah rupanya. Aku pun mulalah urus diri. Masuk tandas je tengok-tengok ada lipas yang tergolek kat tengah-tengah tu. Entah masa bila orang sembur Baygon pun aku tak tahu tiba-tiba je tergolek. Kalau kes yang macam ni lagilah aku cuak,tak sembur tak apa, tiba-tiba je pengsan, aku takut dia pura-pura je nak takutkan aku. Manalah tau dia saja-saja tergolek sebab nanti bila aku datang dekat, dia bangun kejar aku. Aku takut…😦

Macam-macamlah….tak suka lipas.

This entry was posted in Bicara Hati, Kehidupan Peribadi and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Kisah di Pagi Buta

  1. Padin No says:

    hehee kata orang, makin di benci makin dia datang… apa kata Dila suka lipas plak lepas ni? tengok macamana,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s