Anak Kucing

Assalamu’alaikum

Beberapa hari lepas, seekor ibu kucing bersama 4 ekor anaknya melepak di belakang rumah aku. Liar semuanya. Hari ni je lah baru aku boleh sentuh ibu dan anak-anak tu selepas berhari-hari aku bagi dia makan dan minum air susu. Aku cuci tahi mata anak-anak dia yang bernanah-nanah sampailah diorang boleh melihat semula. Kesiannya jadi kucing jalanan ni..Hidup di belakang rumah orang tanpa siapa yang peduli..Dan aku cuba mencurahkan kasih sayang ini kepada mereka..

Tapi..satu perkara yang menyedihkan, seekor daripada anak kucing tersebut terjatuh dalam longkang yang dalam. Dari pagi semalam anak kucing ni mengiau-ngiau dan beliau adalah anak kucing yang paling kiut antara keempat-empat mereka. Aku nak tolong macam tak berdaya pulak sebab longkang tu terlalu dalam. Aku call Jalal minta tolong dia selamatkan anak kucing itu. Jalal pun tak mampu nak tolong sebab longkang yang terlalu dalam. Aku bagi cadangan suruh call bomba walaupun macam tak logik sebab nak keluarkan anak kucing je pun. Jalal pun call, mula-mula diorang cakap diorang dan on the way. Bila call sekali lagi rupanya diorang tak datang pun..Hmmm…

Tadi hujan lebat..selepas hujan..tiada lagi kedengaran bunyi anak kucing tu lagi…sangat menyedihkan dan terbayang rasanya bila anak kucing tersebut lemas dihanyutkan oleh arus hujan…😦

This entry was posted in Bicara Hati, Cinta dan Kasih Sayang, Nature. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s