Ziarah Masjid Nabawi

Program pertama yang berlangsung selesai solat subuh di Masjid Nabawi ialah Ziarah Makam Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wassalam dan Perkuburan Baqi’. Pagi itu jemaah berkumpul di hadapan Hotel Mubarak Silver lalu bergerak menuju ke Masjid Nabawi. Cuaca yang tenang dan cerah sangat mendamaikan jiwa. Udara yang sejuk membuatkan aku terlena dalam kedamaian dan keramaian manusia di tanah haram yang mulia itu.

Ustaz Riswan Nasution selaku Mutawwif kami membawa kami menuju ke Pekuburan Baqi’. Beliau bagi sedikit penerangan di hadapan Perkuburan yang mulia itu berserta doa dan salam kepada penghuninya. Sesungguhnya telah Rasullullah telah menyatakan dalam hadithnya bahawa barangsiapa yang meninggal dunia di tanah haram Madinah ini nescaya aku akan menjadi saksi ke atas kematiannya. Siapa yang tak nak Rasulullah menjadi saksi kematiannya? Ya Allah..sungguh aku manusia hina yang tidak layak disaksikan kematian ke atasku dan insan itu ialah Rasulullah.

Selepas berdoa dan mengucapkan salam, jemaah lelaki dan perempuan berpecah. Waktu pagi pukul 9 macam tu adalah masa untuk perempuan masuk ke Raudhah. Aku dan ummi mengikut seorang ustazah untuk memasuki Masjid Nabawi dan sampai ke Makam Rasulullah S.A.W. Allah saja yang tahu perasaan ketika itu..Terharu..dapat menembusi Masjid Nabawi di mana makam Rasulullah terletak berdekatan di tempat jemaah perempuan solat. Tak terbayang perasaan dapat melihat kain hijau yang menghijab makam Rasulullah. Dalam masjid tu punyalah banyak manusia daripada pelbagai bangsa, gelap, cerah, tinggi, rendah semuanya punyai tujuan yang satu iaitu menziarahi Rasulullah.

Ustazah tu cakap nak masuk ke kawasan Raudhah bukanlah senang. Tapi berkat kesabaran jemaah perempuan, aku berjaya bawa ummi betul-betul masuk ke dalam Raudhah. Di dalam hadith Rasulullah, Rasulullah menyatakan bahawa di antara rumahku dan mimbarku adanya taman syurga. Maka ulama berpendapat, Raudhah yang ada ini lah taman yang dimaksudkan dalam hadith tersebut. Ustazah tu cakap, walaupun Raudhah antara tempat yang mustajab untuk berdoa, ada pula tempat yang lebih afdhal di dalamnya iaitu di antara tiang-tiang dalam Raudhah yang bertentangan dengan Makam Rasulullah. Allahuakbar! Aku berjaya bawa ummi masuk ke dalam walaupun ribut manusia sedang berlangsung di dalam Raudhah. Aku solat sunat 4 rakaat di antara tiang-tiang yang dimaksudkan. Ummi pun dapat. Alhamdulillah..Aku macam tak percaya sebab siapalah aku untuk berdoa di tempat yang mulia itu? Tapi jika itu lah peluangnya untuk aku meluruhkan dosa yang mengekori aku selama ini. Terima kasih ya Allah…Sungguh aku tenang selepas pulang dari Umrah..Terasa ringan tubuhku seperti tidak lagi menanggung beban dosa yang menggunung..

Selepas pulang dari Masjid Nabawi, jumpa Kak Ainun dan Asshik beserta anaknya Muadz, kami menjamu selera di restoran Arab makan nasi Bukhara berlaukkan kambing, ayam dan unta. Sedap..

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s