Housemateku Sayang dan Rompakan Bersenjata

Assalamu’alaikum

Sepi…sungguh sepi sejak ketiadaan housemate aku yang sorang lagi ni. Nama dia Hanisah. Dia lah penyelamat aku bila lipas ada kat rumah. Boleh pegang lipas dengan tangan je. Hebat sangat! Kitorang panggil dia Anis, nak manja sikit panggil Siti. Dia dah hampir-hampir nak habis belajar. Kiranya sem terakhir ni dia perlu menjalankan praktikal.

Pergilah dia membawa diri menjalankan praktikal di sebuah firma guaman nun jauh di Sungai Petani sana meninggalkan saki baki housemate dia yang ada setahun lagi nak habis. Sedih tau. Setiap malam kitorang tidur awal sebab tak ada orang nak bercerita panjang-panjang. Buat-buat tenung buku konon-konon bacalah tu padahal kitorang bukan jenis baca buku awal-awal pun. Kadang-kadang kitorang yang saki baki ni pun dah tak tau nak cakap apa terpaksalah mendiamkan diri buat kerja masing-masing dan seringkali kitorang mengeluh…Kalaulah Anis ada…..Tu lah, masa seseorang ada kita taknak hargai. Bila dah tak ada mulalah tercari-cari….😦

Rindu…..πŸ˜₯

Gambar pinjam dari Facebook

Oklah. Tak payah nak sedih-sedih sangat. Sekarang aku nak cerita bab rompakan. 2 hari yang lepas rumah senior aku kena rompak bahkan melibatkan rompakan bersenjata iaitu parang. Macam dalam drama TV pun ye jugak. Perompak tu masuk pukul 3 pagi, potong grill guna welding, lepas tu parang letak dekat batang leher senior. Habislah barang-barang berharga dalam rumah tu tapi alhamdulillah semuanya selamat. Semuanya trauma. Semakin hari, kes pecah rumah di kawasan rumah aku ni semakin menjadi-jadi tapi perompaknya tak pernah diberkas. Aku tak tahu lah siapa yang harus dipersalahkan. Yang pastinya, Malaysia dah tak selamat. Terima kasih sudi dengar aku membebel.

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Housemateku Sayang dan Rompakan Bersenjata

  1. padin says:

    erkkk parang kat leher???πŸ˜•

  2. tehr says:

    Syukur tiada siapa2 yg tercedera
    Jenayah makin menjadi-jadi sekarang ni

  3. iza says:

    Assalam…
    Pasang gril pun dah tak selamat…
    takutnya, parang pulak tu, boleh putus leher…

  4. lazaac says:

    parang lawannya parang jgak ni… kalau jumpa, cantas terus.. 😯

  5. akubiomed says:

    Siap potong grill. Kalau dirompaknya sutdent bukan ada barang mewah pun. Harap mangsa tidak cedera dan berada didalam selamat.

    Adele setakat lipas saya tenyeh-tenyeh sahaja.πŸ™‚

    • adele says:

      student zaman sekarang masing2 ada sebiji laptop..kalau satu rumah ada 5 orang, boleh dpt 5 laptop, barang kemas dan duit2 yg ada…walaupun tak mewah tp ada untung jgk..

  6. titan says:

    nasib baik bukan rumah dia.. πŸ˜₯

  7. budakserius says:

    Nasib baik x de paper.

  8. Juan says:

    ish bahaya tu rompakkan mcm ni

  9. Aya says:

    Menakutkan.. kak Aya ingat lagi, kawan akak pernah dirompak di rumahnya, siap parang diletakkan di leher dia lagi.. sampai skang dia phobia… huhu

  10. Mekar says:

    Kesimpulannya, hargailah org2 yg disayangi sblm mrka hilang dr pandangan kita.

    Ish… skrg ni bahaya sungguh. Guna parang pulak tu.Rumah yg bpagar belum tentu selamat. Teringat masa rumah abah kat kg kena masuk dek orang. Alhadulilah barang je hilang. family semua selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s