Airport Madinah

Ketika aku mula-mula sampai di Madinah, jam menunjukkan lingkngan pukul 4 pagi. Walaupun begitu, suasana di airport Madinah masih tidak sunyi kerana manusia tidak putus-putus tiba dan bas beratur panjang untuk mengambil jemaah yang baru tiba untuk ke Hotel. Aku pun masih tak percaya bahawa akhirnya aku menjejakkan kaki ke bumi Madinah. Terasa semakin dekat dengan Rasulullah S.A.W walaupun makamnya jauh nun di Masjid Nabawi. Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana dapat memijak bumi barakah yang sentiasa diidamkan oleh manusia.

Lepas dah angkat beg masuk bas, bas pun bergerak menuju ke hotel kami Mubarak Silver yang terletak sekitar setengah kilometer dari Masjid Nabawi. Ketika di dalam bas, dari kejauhan tiang Masjid Nabawi sudah kelihatan menyebarkan cahaya di sekelilingnya. Seorang pakcik melaungkan “Allahuakbar!”. Ya Allah, bergetar hati ku mendengar laungan yang memuji keindahan Masjid di mana terletaknya jasad Nabi Muhammad. Aku tengok ayah mengalirkan air mata. Berkali ayah datang ke sini, ayah masih mengalirkan air mata. Dua kali ayah pernah bermimpikan Rasulullah, mana tidaknya air mata itu mengalir. Ayah orang yang baik, sebab itu Rasulullah sudi menjenguk ayah di alam mimpi. Bila aku tengok ayah menangis, tersentuh hati aku. Aku sedih sangat-sangat. Masih diberi peluang untuk melihat Masjid Nabawi yang selama ini aku hanya dengar cerita daripada orang. Hanya melalui cerita, aku tak pernah melalui keindahan perasaan itu sehinggalah aku pergi sendiri untuk menunaikan solat Subuh sejurus tiba di hotel. Aku,umi dan ayah pergi Masjid berjalan kaki. Udaranya sejuk menggigit tulang belulang. Stokin jangan lupa pakai..

Bersambung…

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Photography. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s