Marhamah

Assalamu’alaikum

Masa aku duduk di Hotel Tharwat Monshiah di Mekah,adalah sorang kanak-kanak Indonesia ini yang bernama Marhamah. Ayahnya petugas bagi makanan untuk pakej Andalusia ni. Entah macamanalah dia boleh berkenan sungguh kat aku. Aku dan dia pun berkawanlah baik hampir 5 hari sebelum pulang ke Malaysia. Setiap malam lepas balik solat Isyak mesti dia tunggu aku. Dia temankan aku makan. Dia nak kat aku je pulak tu. Dengan orang lain tak adalah pulak dia nak peluk-peluk depan khalayak ramai. Sampai semua orang dah sahkan yang aku ni kakak angkat dia.

Sampailah malam terkahir aku kat hotel tu, aku cakap

” Marhamah, kakak mau pulang ke Malaysia esok hari”

” Eh, kakak tak boleh pulang!”

” Kenapa kakak tak boleh pulang?”

” Sebab saya sayang sama kamu….”

Aduhlah, perasaan aku masa tu adalah sedih sikit-sikit. Memang nampak dia sayangkan aku sangat-sangat. Aku bangun dari tempat duduk nak basuh tangan pun dia peluk-peluk aku sambil merayu-rayu KAKAK TAK BOLEH PULANG.

Tiba masanya aku perlu naik ke hotel. Aku bagi dia no telefon aku supaya nanti bila dia rindu, dia boleh call aku. Kami pun bertukar-tukar no telefon. Masa dekat depan lif tu, dia salam dan cium pipi aku. Bila aku dah nak naik lif, dia kata

“Kakak, sebentar!”

Dia rangkul aku dan kucup dahi aku lama sangat. Ya Allah…..sedihnya tuhan saja yang tahu. Bila pintu lif dah nak tertutup, dia cakap

“Bye bye kakak….!”, ada sendu di hujung suaranya.

Aku pun sampai bilik terus cerita dekat ummi. Tak tertahan rasanya air mata ni nak mengalir. Kasihan Marhamah…Perkenalan yang tak disangka sehingga membenihkan kasih yang mendalam. Tetapi setiap pertemuan itu ada perpisahan kan? Cepat atau lambat tetap ada.😥

This entry was posted in Kehidupan Peribadi, Lelaki dan Wanita and tagged , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Marhamah

  1. Miss Yati says:

    Yati yang baca ni pun sayu. Alhamdulillah pertemuan di sana membenihkan persaudaraan.🙂

  2. akubiomed says:

    Perkenalan yang singkat tetapi bermakna seolah-olah sudah lama perhubungan tersebut.

  3. titan says:

    haha..sudah terangkat plakk..

  4. ciksembang says:

    wah sama juga kita dengan andalusia tapi sy hotel alharam

  5. Mekar says:

    sya pun tersentuh dgn tindakan adik marhamah tu.
    Ada contact dia lagi tak adele….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s