Cintaku Tertinggal di Haramain..

Assalamu’alaikum

Rasa bagaikan baru semalam aku menjejaki masjid Nabawi yang terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta, rasa bagaikan semalam aku bersujud di Masjidil Haram yang menyediakan 100,000 ganjaran buat hamba-hambaNya. Rindu untuk ke sana lagi.. Pertama kali melihat Kaabah di hadapan mata, baru ku tahu mengapa manusia yang menjejaki baitul haram ini merindu-rindu untuk ke sana lagi. Perasaan yang tak boleh digambarkan melainkan diri sendiri yang menjejaki ke tempat suci itu. Hilang masalah, hilang derita, hilang dukacita melainkan ketenangan dan keindahan jiwa yang digantikan Allah di dalam hati…

Kubah hijau di Masjid Nabawi di mana bawahnya itulah terletak makam Rasulullah S.A.W

Sampai hari ni aku masih tak ada mood untuk buat apa-apa lagi. Rasa nak berhenti belajar. Nak duduk kat sana je. Normal ke tak perasaan macam ni?

Aku rindu pada Nadiatul Husna,adik berumur 19 tahun yang menjadi teman setia aku di sana. Dan…seseorang yang bernama Roszaind. Ohh…

This entry was posted in Haramain, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

14 Responses to Cintaku Tertinggal di Haramain..

  1. titan says:

    asyik rindu aje nih..πŸ™„

  2. akubiomed says:

    Cerita yang selalu didengari apabila baru balik dari Umrah atau mengerjakan Haji. Insyallah kalau ada rezeki akan dapat ke sana nanti.

  3. nizamghazi says:

    Teringin nak ke sana.
    Namun apakan daya masih belum berkemampuan 😦
    Harap suatu hari nanti dapat ke sana bersama orang tersayang (kalau ada) ❓

  4. zulkbo says:

    labbaikallah hummalabbait labbaikala syarikalakalabaik…
    saya sendiri belum sampai kesana..jadi tak dapat menggambarkan
    suasana dan perasaan hambaNya yang telah menjejak kaki
    di sana.

  5. ciksembang says:

    hai , sama lah kita.. saya juga baru kembali dari sana..

  6. Juan says:

    gambar sangat cantik

  7. klANA says:

    as salam… bila tgk pic kaabah tu rasa sayu n tenang.. lbh2 lagi lah kalau btl2 ada kt sana.. πŸ™‚

  8. lazaac says:

    rasa rindu nak ke sana lg… πŸ™‚

  9. chii says:

    insya Allah..dgr cerita mereka2 yg da sampai sana..seronok sgt…teringin gak di hati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s