Bapa Zaman Sekarang

Assalamu’alaikum

Seorang anak ini pergi ke sekolah seperti biasa dan mempelajari Pendidikan Islam pada hari itu. Ustaz memberitahu murid-muridnya, jika di rumah, kita perlu solat berjemaah dengan keluarga. Bapa adalah imam dan penghuni lain menjadi makmum.

Lalu anak ini pun pulang ke rumah. Ketika ayahnya sudah pulang dari bekerja, dia mendekati ayahnya.

” Ayah, jomlah kita solat berjemaah. Ayah jadi imam, saya jadi makmumnya”, pinta anak kecil itu.

” Eh, siapa yang ajar kau ni?”, soal ayah tiba-tiba.


” Ustaz di sekolah cakap macam tu”, ujar anak tersebut.

” Ustaz mana?”, soal ayah itu lagi.

” Ustaz yang mengajar Pendidikan Islam. Lalu ayah itu mencari nombor telefon ustaz tersebut.

” Assalamualaikum ustaz”.

” Waalaikumussalam”.

” Ustaz, saya hantar anak saya ke sekolah untuk ajar dia je. Bukan untuk ajar saya. Apa hak ustaz nak mengajar saya..(bla…bla..bla…panjang bebelannya sehingga boleh menjejaskan aqidah)”, lantang suara ayah itu bersyarah panjang. Ustaz sekadar mendiamkan diri namun ahikrnya dia tidak mampu mendengar rungutan bapa itu apabila ayah itu berkata:

KALAU SEMUA ORANG MASUK SYURGA, SIAPA PULAK NAK MASUK NERAKA?

Ustaz meletakkan telefon kerana tidak sanggup untuk menambah dosa bapa itu.

p/s: Berdasarkan kisah benar ni tau😥

This entry was posted in Agama dan Pedoman, Info dan Artikel and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Bapa Zaman Sekarang

  1. Juan says:

    kisah benar ker, serius x sangka ada juga mcm ni

  2. akubiomed says:

    Bapa budak tersebut tidak perlu melenting tidak tentu pasal. Mungkin terasa aib bila si anak minta bapanya bersolat jemaah.

  3. titan says:

    haha..aku pernah jawab macam ni dulu. haha..

  4. zulkbo says:

    salam..
    rasanya saya tak pernah jumpa lagi
    seorang ayah seperti dalam kisah ni..
    harapan saya janganlah jumpa sampai
    bilaa-bila pun tak pe..setahu saya
    sejahil-jahil seorang ayah pun..
    “terasa” juga dengan ajakan anak
    sebegitu kan..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s