Valentine dan Isabella

Assalamu’alaikum

Daripada kita sibuk-sibuk post kat FB pasal valentine sesaja, lebih baik baca novel Islamik ni. Kisah perbandingan agama antara Islam dan Kristian yang dapat membuka mata korang semua tentang hakikat dua agama ni. Sebenarnya novel ni tak ada kaitan pun dengan valentine tu. Tapi valentine tu ada kaitan dengan Isabella.hehe. Tak faham? Cari sendiri.

Novel ini merupakan kisah benar seorang gadis Kristian bernama Isabella, seorang puteri Ketua Pendeta tersohor di Cordova,sebuah kota nan indah dan bersejarah di Sepanyol.

Beliau mempelajari agama Kristian secara mendalam dan tekun, mencuba untuk mencari kebenaran doktrin Kristian dengan mengkaji prinsip-prinsip dasar Kristian. Suatu ketika,beliau meragui dengan ajaran Kristian itu sendiri.

Tatkala kebenaran terbentang di hadapannya, beliau mula meninggalkan agamanya dan meraih Islam sebagai agama baru. Beliau dengan berani dan gigih menghadapi tentangan serta siksaan dari ayah, guru, serta umat Kristian di Cordova.

Kisah Isabella telah menjadi lagenda dalam sejarah Islam dan Kristian. Kegigihan dalam menggenggam keyakinan telah menjadi inspirasi jutaan perempuan di berbagai belahan bumi. Sementara bagi para akademik dan teologi, kisah Isabella tidak pernah kering dikaji untuk mempelajari perbandingan agama.

Novel ini merupakan sebuah karya yang sangat bermanfaat,dikemas dalam sebuah kisah yang menarik, menjelaskan perbandingan keyakinan Islam dan Kristian. Satu lagi karya klasik yang akan memberikan pencerahan pada kita. Sebuah novel spiritual yang menyentuh hati.

Ada 2 versi, pilihlah bahasa mana yangn korang lebih fasih😛

Isabella (Malay Version) http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf

Isabella ( English Version) http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf

This entry was posted in Agama dan Pedoman, Info dan Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Valentine dan Isabella

  1. akubiomed says:

    Memang berdasarkan kisah benar ker?

  2. eiela says:

    pernah dengar pasal isabella nih, masa sekolah dulu. dia anak paderi tapi masuk islam.

  3. maza says:

    alamak.. sekali novellah.. hehehe

    hebat ni.. nanti maza buat ulangkaji ya
    skrg ni maza sedang busy utk proses pendaftaran dan kelas pertama disessi persekolah masak-masak kelas ERT yg itew.. jhehehe

  4. bardboo says:

    insyaAllah akan dimasukkan dalam senarai yang akan dibaca..

  5. Cyza says:

    Oh ada pulak kisah lain di sebalik ni. Ingatkan versi lain…Tapi yang ni versi lain pulak…
    Cuma tak sempat nak baca novel tu la…kasih habis belajar dulu…

  6. Novel ni dah lama ehhh.. Kawe baca masa time skul lagi. Hujung2 cerita mmg sedih sehingga lelaki macho ni hampir termena…. [sensor ckit]. Good read utk sapa2 yg suka hal2 berkaitan perbandingan agama.

  7. chii says:

    hurm..nak baca skrg ni mmg x sempat la..xpe2..chii save..kalo sempat..leh baca kat umah nnt..

  8. lazaac says:

    isabella adalah…. muehehe, teringat lagu amy search kalo xsilap..

  9. Juan says:

    panjangnyer, nak baca rasanya lebih baik buku

  10. puanbee says:

    novel ye kena cari masa betul2 free baru boleh baca , apa pun lepas baca sinopsis memang rasa nak baca je novell ni ..

  11. suri says:

    suri ada baca kisha ini tahun lepas tapi tka dapat baca sampai habis huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s