Kecil-kecil Dah Pandai Mencuri!

Assalamu’alaikum

Arggh, tension dengan kelembaban (?) internet ni. Hari ni aku berada di rumah kakak dengan umi sebab kakak tak sihat jadi kena tengok-tengok budak 3 orang itu.

Syafi anak saudara aku yang darjah 1 bagitahu yang dompet dia hilang ada kawan dia ambil. Hari tu beg sekolah dia hilang, kawan sekelas dia buang. Aku tak faham kenapa budak-budak ni kecil-kecil dah pandai nak mengambil barang orang? Syafi pula jenis tak melawan sebab kakak aku ajar jangan nak cari gaduh dengan orang.

Betul tak aku cakap yang mak ayah budak ni tak pandai ajar anak? Sebab budak-budak seawal umur 7 tahun tak sepatutnya berkelakuan buruk seperti ini. Kalau dah besar, dah berakal barulah boleh salahkan budak tu sendiri. Nakal betul mak ayah dia ni!

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Kecil-kecil Dah Pandai Mencuri!

  1. cheqna says:

    salam
    kalau dari kecik dah gini perangainya..kalau tak diperbetulkan…nauzubillah…

  2. lazaac says:

    ni mmg salah mak ayah bdak2 tu, masskan tidak, bdak2 tu dr kecil xdiajar & didedahkan…

  3. maza says:

    saat maza kecil dahulu purba kala, ketika umurnya 7 tahn pernah berlaku di dalam kelas kes sebegini.

    kadang2 anak2 itu merasa tertekan di rumah lalu membuang tabiat buruk di sekolah dan menjadi kaki buli.

    kadang2 sudah menjadi fitrah budak tersebut berperangai buruk. Barangkali masa kahwin mak ayah dia terus masuk kelambu lupa ‘cuci kaki’.. tu pasal perangai buruk diwarisi pula kepada anak mereka….

    anak yg berkelakuan tak elok itu masih sempat diperbetulkan sebelum ia menginjak umur mumaiz sementelah lagi baligh.. huhuhu

    selamat beramal gitew.

  4. akubiomed says:

    Masalah yang selalu dialami oleh murid-murid tahun 1. Alat tulis, pensel warna, pemadam, pengasah pensil dan pembaris antara barangan hot yang selalu hilang. Kalau dalam seminggu 2-3 kali mengantikan yang baru. Belum lagi kena pau duit poket.

    Tak apa mak saudara ada duit dan sayang ketat-ketat anak buah boleh ganti.🙂

    • adele says:

      hilang pensel, pembaris, pemadam tak kisah lagi kalau hilang beg tu yang pelik tu..

      mak saudara mana ada duit, kerja pun tak lagi😀

  5. Long says:

    Bagus dapat satu pengalaman buat tt dalam menjaga dan melayan budak-budak. Kira nie termasuk dalam silibus rumahtangga 😎

  6. Mekar says:

    Kalu “ter”ambik pensel / pemadam, boleh dimaafkan lagi. Tapi kalu ambik pastu nak buang2 barang orang, ini boleh mendatangkan marah. Ibu bapa kena main peranan nasihatkan anak2 ni. Jgn nak aniaya org. 😮

  7. ohcikgu says:

    tangkap aje budak2 tu. buat berger. hehe🙂

  8. Juan says:

    betul betul betul

  9. tehr says:

    kejadia yang sering berlaku di sekolah
    kes peras ugut pun ada
    huhu

  10. zulkbo says:

    salam..
    kesian Syafi kena buli..
    cer belajar taekwondo ke apa..
    mesti tak kena buli kan..?

  11. shraqs says:

    budak sekrg dimanjakan sangat, buat salah pun masih dibela

  12. suri says:

    alamak dah kena marah plk kita baca entri ni

  13. suri says:

    dial jadi ibu mesti garang😕

  14. suri says:

    kasi rotan sama dia haaaaa😐 😆

  15. chii says:

    mak aih..kecik2 da pandai tunjuk samseng..aduhaii..kesian anak buah adele..jd mangsa buli/curi plak

  16. kecik-kecik lagi dah jadi gangster.. aduhai.. nak kena masuk kelas silat tu

  17. faizfakhirin says:

    masa kecik la kena ajar budak tu cara petah bercakap dan berdebat…bila besar mesti hebat…jgnlh ajar jadi takut sunyi sepi…

  18. Cyza says:

    Ish…sungguh tak patut…Ada lah tu yang tak kena dengan budak yang negative tu. Maybe keadaan keluarga nya yang tak ok, hidup susah etc. So, budak tu terdidik secara tak langsung menjadi seperti itu.

    Doakanlah budak tu menjadi budak baik dan mendapat pengaruh baik walaupun suasana hidup keluarga nya tak ok.

    • adele says:

      rupanya mak budak yg ambil beg anak saudara sy tu mengidap kanser..masa pendaftaran duduk kt wheelchair je..uhuu..mungkin dia nak perhatian sbb mak dia tak mampu beri perhatian..anak sedara sy terpilih nmpaknya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s