Saya Sudah Bertunang

Assalamu’alaikum

“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Sabar..sabar..tajuk bagi gempak sikit.hahaha. Kalau iya pun aku dah bertunang tak ada sebab aku nak bagi tahu semua orang sebab di dalam Islam, agama ini menganjurkan untuk merahsiakan pertunangan tetapi hebahkanlah perkahwinan.

Tapi kenapa hari ini aku tengok kebanyakan perempuan dengan gembira dan riaknya bagitahu kat Facebook atau laman sosial yang lain bahawa mereka sudah bertunang dan gambar-gambar tersebut di uploadkan ke Facebook dengan bangganya. Dahlah bertunang je pun, majlisnya mengalahkan majlis perkahwinan. Tidakkah ianya suatu pembaziran. Bila tak jadi tidakkah ia perkara yang mengaibkan dan mulalah nak claim sana, saman sini..Haih, macam-macamlah..😯

Cakap orang lain pun tak bagus juga kan, nanti kena batang hidung sendiri. Aku harap semua perempuan di luar sana bolehlah tundukkan sikit nafsu untuk tak beriya sangat dalam pertunangan..Sekian..

p/s: Ini belum masuk bab bersanding lagi ni.😮

This entry was posted in Agama dan Pedoman, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

54 Responses to Saya Sudah Bertunang

  1. Affan Ruslan says:

    1. Hehe ye. Tunang sebaik2nya rahsiakan.
    2. Bertunang tidak bermaksud kita WAJIB kawin dengan pasangan kita, ianya hanyalah tempoh berkenalan. Sbb tu lah pelik, kenapa ada yg sampai saman2. Instead of saman, nape tak kawen terus awal2?
    3. Kadang2 tgk gambar orang bertunang, mengalahkan gambar orang yang dah kawin. Kemain rapat lagi, siap ada yg dah berpegangan tangan.

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    4. Blog ni dah lawa, feminin sikit hehe. Lama tak menjenguk

  2. akubiomed says:

    Ketika mengikat tal pertunangan boleh dikatakan darah manis banyak dugaan dan pancarobanya.

  3. maza says:

    setahu maza hadis di atas adalah status lemah…

    terdapat hadis lain yg menyatakan harus di war-warkan. Ini kerana hukum memasuk meminang di atas tunangan orang lain hukumnya adalah haram! Mengadakan majlis pertunangan adalah sunah, terutama bagi memaklumkan bahawa sudah bertunang, sudah ada org book! Cuma bezanya dengan walimatul urus ialah ia diadakan kecil2an dan sekadar pemberitahuan ringkas kepada umum bahawa sudah bertunang…

    Jadinya, jika ada sesiapa yg berhasrat menyatakan satu dunia bahawa dia sudah bertunang maka hukumnya adalah harus. Tidak pun menyalahi sunah dan tidak pula haram. Malah dalam sesetengah kes adalah digalakkan agar tidak berlakunya fitnah yang lagi besar!…

    harap tidak tersilap lagi…

    • adele says:

      boleh sy tau dr mana sumber yg mengatakan hadis ni lemah?huhu..sy pun nak tau juga..

      ya,benar hukum meminang atas tunangan org lain tu adalah haram tp kalai kita tak war2kan pada org sekalipun, perempuan tu pasti tahu yg dirinya adalah tunangan org dan lelaki tu mesti tahu perempuan yg dia nak pinang tu adalah tunangan org..jadi, tak patulah meminang atas tunangan org..

      sy pun baca di blog ustaz hasrizal http://saifulislam.com/?p=1269

      sekadar pendapat..sila2 utk berhujah lg😀

      • maza says:

        saya sudah lupa dari mana sumbernya.. tetapi beberapa tahun lepas banyak berhujah tentang hal ini… kira bgi info ingat2 lupa gitew.. ahaks…

        1) Hujah hadis dhaif

        Salah satunya ialah hadis di atas diriwayatkan oleh seorang perawi dan disahihkan oleh seorang pula iaitu oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil…Ia dihukumkan sebagai hadis dhaif.

        hadis ini lebih kepada menyokong golongan mazhab Maliki yg berpegang pertunangan perlu dirahsiakan.

        Saiful Islam pernah membuat entry pasal hal yang sama perihal hadis di atas dan iktikadnya kepada hadis itu.. (menyokong hadis rahsiakan pertuanngan)

        Begitu juga terdapat ramai sarjana Islam (ulama) yg menyatakan ianya adalah hadis lemah tetapi hassan …

        maza tidak dapat nak berhujah panjang disebabkan perkara ini memerlukan ilmu hadis yg mendalama… sekadar berkongsi sikit2 bolehlah.. heheheh..

        2) Menyokong war-war

        Manakala golongan yang menyatakan bhw pertuangan harus diwar-warkan atau boleh disebarluaskan ialah antaranya bersandarkan hadis masyhur iaitu “Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: ” tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain”. (Jumhur ulama’)

        sungguh pun hadis ini berbentuk tidak soreh (tersirat), dapat difahami bahwa apabila bertunang perlu dimaklumkan… yg penting wanita dan lelaki itu tahu bahawa dia bertunang. Di sini membayangkan ada keperluan utk memberitahu…

        malah di dalam al Quran “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235] – maka dapat difahami bahawa ada isyarat dari Allah SWT diharuskan atau dibolehkan atau dibenarkan diberitahu kepada khalayak!

        juga Nabi saw pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

        ketika Nabi SAW bertunang dgn A’isyah juga diwar-warkan pada Muslimin. tetapi tidaklah seperti dibuat majlis besar2an … cuma ia bergantung sejauh mana kemampuan tuan rumah dan sebagainya. Tidak ada halangan utk dibuatkan majlis pertunangan diberitahu kepada umum.

        sepengetahuan maza, tidak ada lagi bertemu sebuah hadis atau nas yg betul2 mengharamkan atau memutuskan bahawa pertunangan itu perlu dirahsiakan! Yakni betul2 disyariatkan agar merahsiakan pertunangan tersebut…

        Soalnya sekarang sama ada mahu beritahu satu dunia atau tidak, tidak pula ditegah dan tidak pula diharamkan oleh syariat.

        Jadi, terpulanglah mahu memengang mana2 satu sama ada mahu merahsiakan pertunangan sebagaimana mazhab Maliki, atau mewar-warkan.

        kesimpulan maza disini ialah oleh kerana kita mempunyai dua pilihan sama ada mewar-warkan atau merahsiakan, tidak bermakna sebelah pihak lagi terus dihukum salah dan tidak betul. Oleh itu kenyataan yg benar harus diberikan haknya…

        oleh itu, jika ada antara kita hendak mewar-warkan seantero dunia sekali pun ttg pertunangannya hukumnya adalah harus dan tidak pula haram!

        Begitu halnya jika dia hendak merahsiakan pertunangannya tetapi jangan sampai tiada siapa yg tahu dia sudah bertunang, kemudiannya datang org lain meminang lalu timbul fitnah lain pula.

        Apa yg paling mustahak ialah menjaga batas2 apabila sudah bertunang, atau ketika majlis bertunang (walaupun dlm syarak tidak menyebutkan perlu menngadakan majlis bertunang maka barulah sah mereka bertunang. Majlis bertunanga adalah mengikut hukum adat dan tiada halangan mengadakan majlis pertunangan oleh syarak asalkan batasan lelaki dan wanita dan hukum2 berkaitan hubungan bebas yg terlalarang dipelihara)

        utk bacaan selanjutnya maza sertakan link ini http://sarahsayangjiman.wordpress.com/2009/08/25/hukum-menghebahkan-tunang/

        cukuplah satu aje.. hehehehe
        kalau mau tau, sila godek2 sendirilah ya….
        maza pun pelajar gak.. banyak tak pandainya, dari yg dia tahu…jgn percaya pada maza.. ahaks.. lantun-lantun lah fulaks..

        • adele says:

          fuuuh, mau jadi satu artikel pulak kt komen ni..haha

          okeh, terima kasih atas huraian tersebut..sy plak tak terbaca huraian ustaz hasrizal berkenaan hadith yg dikatakan dhaif tersebut..

          kalo ikut pendapat peribadi sy, ada logiknya tak heboh2kan..sebab ikatan tu tak pasti lg kan..jgn lah maza marah sy plak sbb berpendirian mcm ni..huahuahua.

          sy lebih cenderung utk tak bersetuju terhadap gambar2 yg diuploadkan ke facebook itu mcm berniat2 nak menunjuk2 je..kalau nak diwar-warkan sekali pun bukan ke lebih baik kita pindahkan melalui mulut ke mulut..

          sy pun budak tgh belajar jgk..sekian terima kasih😀

          • maza says:

            hahaha.. maza tak marah lah..
            cuma berkongsi pandangan dan memperbetulkan diri maza sendiri aje…😛 😛 😛

            bak kesimpulan maza tadi, kita punyai pilihan merahsiakan atau hebahkan… tetapi jgn sampai merahsiakan sesangat hingga menimbulkan fitnah lain pula..

            bab gambar2 pertunangan di dlm FB tu kalau melampaui batas sampai berpeluk sakan dgn tunang dan membuat perhubungan bebas antara tunangan tersebut.. tentulah haram dan perlu dijauhkan sama sekali.. HARAM TU! hehehehe

            tapi kalau setakat jealous tengok cincin tunangan org atau hantaran atau kenduri kendara dia yg havoc, ahaks.. maka diri kita kena cegah hati kita supaya tidak bersangka buruk, atau mengata orang itu atau menyampaikan fitnah…

            lagi satu, utk mengelakkan mengata org yg itew, elok juga cepat2 kita sarung cincin tunang or menikah! ahaks..

            “opps silap (yg disegajakan) … *perkataan kita dirujuk pada adele… hehehhee

          • adele says:

            yup..setuju2..jgn smpai menimbulkan fitnah..dlm hidup ni tak boleh berlebih2 sgt kecuali bab Ibadah..

            tak ada lah pulak rasa dengki tengok org lain bertunang..syukur2.. kalau nak bertunang skrg pun boleh Pak Hamzah tiadalah menghalangnya..cuma anaknya je yg taknak..wali dah bg green light..hahahah

            huaaahuhuhuaaha..

            hahahshdishd

            hahahaha (gila)

          • suri says:

            walah panjang ko huhu..kesat aor maya nak baca nih hee😛 😀

        • maza says:

          eh lupa lak ttg sumber mengatakan ia hadis lemah.

          sebagai ringkasan maza tepek yg ini ajelah dulu ya.. heheheh

          ( ?????? ?????? ?????? ??????? )

          Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

          Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

          Manakala hadith yang disebutkan di dalam laman web Yadim tersebut adalah hadith Riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair r.a, dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil ((????? ?????? ,dengan lafaz a’linu an-nikah(hebahkan pernikahan) dan tanpa penambahan lafaz akhfu al-khitbah(sembunyikan pertunangan). Iaitu hadith tersebut berbunyi:

          ?? ????? ??? ???? ???? ???? ??? : ( ?????? ?????? ) ??? ???? ?? ??? ???? ?? ?????? ??? ???? ??? ??????? ???? ???????? ?? ????? ?????? :1993

          Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/67884

          Berbalik pada pendapat golongan ini,yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang saya naqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

          ??? ?????? ?? ??? ????: ???? ?????? ?????? ????? ??????? ??????? ????? ??? ??????? ????? ?? ??????

          Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

          Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

          Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum(bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

          ??? ????? ??? ???? ???? ???? : ( ???????? ??? ????? ??????? ???????? ? ??? ?? ?? ????? ????? ) ???? ???????? ????? ???????? ?? ???? ?????? :943

          Terjemahan:

          Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) . Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

    • shraqs says:

      Yang ni sy bersetuju dengan Maza. Ada terdengar ceramah pasal ni jugak, harus mewar-warkan pertunangan utk elakkan fitnah dan elakkan pihak lain masuk meminang plak,.. tak pasal2 mengaibkan org lain (jangan sampai nak menunjuk2). Di sinilah “merisik” memainkan peranan.

      • adele says:

        ya..sy sendiri bersetuju dgn pendapat maza kalau ianya berkaitan dgn meminang di atas pinangan org..

        tp kalau menghebohkan dgn niat lain sy tak bersetuju..

        • maza says:

          psst: kalau sekarang ini, maza prefer bertunang senyap2.. takut bentara guru kat rumah tau! perang dunia ke 3 weiii….

          ahaks.. lalalalala

          hahahaha…

  4. Nas Afiqah says:

    Atotototo, fyqa pown nak tunang jugak🙂

  5. Ali ridha says:

    alamak!!!!! terlepas peluang ngurat adele.awek ustazah
    sekarang kan dah banyak.UIA pun comel😆

    Dalam masyarakat kita sekarang ni,
    aku tengok pasangan belum kahwin.
    bercinta bukan main lagi.siap
    panggil ‘sayang’.

  6. hatiputera says:

    Sebaik-baiknya dirahsiakan dari tatapan umum,,,kalau perkahwinan dan pernikahan tu memang elok dihebahkan….

  7. Adi Putra says:

    Yer saya sokong…Tapi kalau ada lelaki or perempuan yang datang nak mengurat elok lah diberitahu…yang penting jodoh ajal maut rezeki di tangan Allah…..

    Cer Citor Sikit

  8. Cyza says:

    Wah…bikin gempaks saja…Anyway, kalau dah tunang pun ok…dan kalau dah nak kawin pun lagi ok…bagus…

    nanti kalau jadi kawin jemput lah ye

  9. ciksembang says:

    oo tak tau pulak pertunangan kena dirahsiakna , patutlah baru2 ini anak sedara saya bertunang dia tak kasi beritau orang.. katanya lebih baik rahsia

  10. lydia says:

    moga org2 skrg ni makin buka mata luas sket. jgn gah bg tau dah bertunang dgn majlis mcm majlis kawen akhirnya tak jd kawen diri sendiri yg malu. islam itu indah. segalanya ada kebaikan jika kita amalkan

  11. padin says:

    phewww ingatkan adele dah bertunang tadi, 🙄

  12. zulkbo says:

    salam..
    nak tanya sebab apa tak boleh hebohkan?
    mesti ada sebab kan..?cuba cerita sikit🙂

    • Miss Yati says:

      Tak digalakkan menghebohkan pertunangan sebab bukanlah ikatan yang sah. Banyak kemungkinan dalam tempoh pertunangan tu. Untuk menjaga nama baik kedua belah pihak, lebih baik tidak dihebohkan.🙂

      • adele says:

        Iya yati..terima kasih kongsi pndpt!🙂

      • zulkbo says:

        saya setuju…
        tapi sebaiknya tak payah bertunang lah..sebab susah
        nak jaga diri bila bertunang nih antara yang kerap
        di ambil mudah bila bertunang:
        Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

        b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

        c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

        d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

        e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

        f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

        g. Awas daripada bertukar gambar.

        h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

        ## Berhati-hatilah..saya dulu tak de bertunang nih..terus nikah je🙂

    • adele says:

      Salam..miss yati dh terangkan serba sdikit tu..yg selanjutnya bolah dibaca di blog saifulislam.com..🙂

    • penadigital says:

      Agaknyalah… pertunangan belum confirm lagi, kalau dah kawin baru confirm, tulah agaknya…. tapi apa2 pun kena tanya uztaz sbb, hadith tak boleh nak pandai2 sendiri tafsirkan

  13. titan says:

    oh..dah tunang..😥

  14. Mama Murai says:

    ingatkan Adele betul-betul dah menjadi tunangan orang. Saya pernah terbaca mengenai hal menghebahkan pertunangan ini beberapa tahun yang lalu. Tapi satu yang jelas kita diberi pilihan sama ada menghebahkannya atau pun menyembunyikannya. Dua-dua pun ada isi untuk menyokong. Biarkanlah, yang penting bergantung kepada niat si tuan punya badan.

    Sekadar pendapat Adele, betulkan mana yang silap.

    • adele says:

      Iya mama,kalau menghebahkannya bukanlah mnjatuhkn hukum shingga haram..sy tak bersetuju bila seorang perempuan tu bertunang, gmbr2 yg make up tebal tu di upload ke facbook..tak manis nmpaknya..apapun, ini hny lah pndpt peribadi sy..sikit pun x memaksa org lain mnerima pndpt sy..🙂

  15. btol2. bertunang je, tak yah kecoh2 kt Fb lol

  16. zool says:

    tak boleh ek hebahkan bertunang??
    tapi memang tak perlu rasanya.. lain le kalau kawin kan?

  17. tehr says:

    elok kawin terus je bila dah setuju
    tak payah nak tunang lama2

  18. erma says:

    xnak bertunang. Nikah terus. WAacaaccaca

  19. suri says:

    loh dah tunang hee..tu sifat manusia ada tunjuk2 ada yg nak tahu ada yang tak dpt hadir nak tgok pic gak..tapi dah tgok kena puji klu tak tua admin tu sedih heee…

  20. kalo pertunangan dihebahkan… tapi akhirnya cancelll. mana tak taruk muka emak bapak… tu lah hikmahnya di rahsiakan dulu…😀

  21. Mekar says:

    Tempoh bertunang itu banyak sungguh dugaannya. Masa tu darah kedua-dua pasangan sangat manis. Macam2 perkara boleh berlaku.
    Sya pun tak setuju org letak gambar2 tunang kat mana2 laman sosial. Tak de surprise masa majlis kawin nanti 😛

  22. chii says:

    trend org skrg ni..bertunang mengalahkan nak wat kenduri walimah..mcm membazir je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s