Suami Seperti Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam

Assalamu’alaikum

Salam Maulidurrasul buat semua. Di hari yang mulia penuh bererti ini, jom kita baca kisah Murabbi Cinta, Seorang Nabi. Jika masa membaca tidak tersentuh perasaanmu maka mintalah Allah S.W.T gantikanmu dengan hati yang baru kerana hati yang lama sudah gelap.

Mimpi Bertemu Rasullullah S.A.W dan Isteri Baginda di Malam Jumaat

Jika benar itu adalah Rasulullah..

Muhammad dan Cinta – Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Biodata Rasulullah S.A.W dan Keluarga

7 amalan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam

  • Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  • Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  • Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  • Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  • Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  • Keenam: Jaga wudhuk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
  • Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
Keampunan-Mu….
Dan sifat Pemurah-Mu…
Dan kebebasan daripada neraka-Mu…
Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami mohon pada-Mu..
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku..
Dari sudut hati kami yang paling dalam…
Kalaulah kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya
rasa yang meronta-ronta untuk berada hamper dengan kekasih-Mu
Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanla kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba..
Hidayahmu kepada alam semesta merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih saying Tuhan kepada seluruh alam…
Wahai kekasihku, wahai Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuja-puja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Suami Seperti Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam

  1. akubiomed says:

    Ini baru betul. Bukannya calon suami yang ada Korean Look.🙂

  2. zulkbo says:

    ????? ??? ??? ????? ????
    ???? ??? ????? ????

    selamat bercuti🙂
    bertuah kalau semua
    isteri seperti isteri2
    Rasulullah SAW

  3. zulkbo says:

    tak de font arabic 😥

  4. titan says:

    mana ada suami seperti rasulllah. Mimpilah nak dapat..🙂

  5. Tiada yang dapat menandingi rasulullah..

  6. tehr says:

    Cari suami yg rajin mengamalkan sunnah nabi
    Insya-Allah

  7. Tuan Tanah says:

    subhanallah ….bertuah perempuan yang dpat miliki sifat yang dinyatakan…:)

  8. nizam says:

    nampak mudah tapi susah untuk dipraktikkan secara berterusan…

  9. Mekar says:

    Semua wanita mendambakan suami berpekerti mulia seperti Junjungan Besar Nabi Muhamammd. Kita sebagai muslimah pun harus praktik amalan2 yg disebut di atas. Banyak ganjarannya tuh… Memang betul kata Nizam, nak lakukan secara BERTERUSAN itu yang agak payah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s