Lelaki Pandai Jahit Langsir Barulah Sweet dan Kacak

Assalamu’alaikum

Serabut betul aku malam ni. Gara-gara domain yang aku baru beli dari NetKL dan blogspot yang dah lama aku tak buka. Nak upload template pun aku pergi upload file zip sepatutnya kena extract dulu, ingat wordpress ke?? haha.

          Pagi tadi aku ke Kuala Pilah ziarah nenek aku yang duduk dengan Pak Itam aku. Pak Itam aku sebiji muka macam ayah aku. Pak Itam aku ada 8 orang anak lelaki, kiranya kalau aku nak satu boleh pilih je yang mana aku nak.haha. Tapi tak baik lah kawin dengan saudara terdekat sebab hadith nabi pun ada menyatakan bahawa tak baik kawin dengan saudara mara terdekat. Nak tau sebab apa? Kena mesej aku secara private nanti aku boleh huraikan..

Selalunya bila aku dan keluarga dah sampai di rumah Pak Itam, anak-anak dia yang ada kat luar tu tiba-tiba menghilang tanpa dikesan. Ada yang masuk semak belakang rumah, masuk bilik, buat-buat ada kerja kat belakanglah dan berbagai pekerjaan lagi diorang buat sebabnya diorang semuanya pemalu sangat! Iyalah, diorang tak ada adik beradik perempuan jadi bila nampak perempuan diorang ingat kitorang ni unta ke apa lah agaknya.huhu Aku sendiri pun tak ada lah malu sampai tahap macam tu sekali. hahahaha.

          Yang paling mengkagumkan aku, anak lelaki sulung dia yang berumur 25 tu lengkap dengan pakej pandai masak, menjahit, bertukang dan macam-macam lagi. Anak lelaki dia yang keempat pun pandai menjahit. Peeehhhh. Tercabar rasanya keperempuanan aku. Blogger lelaki kat sini boleh?? Haah, Titan? Nak kata aku tak pandai menjahit, pandailah aku jahit butang tercabut, tudung dan….(tu je pun), masalah besarnya sekarang anak dia yang keempat tu pandai jahit langsir! Langsir weh! Bukan calang-calang lelaki dia ni.. Memang menyirap darah muka aku dengar Mak Itam cerita pasal kehebatan anak jantan dia. huahua. Lepas habis belajar ni memang aku kena belajar semua kemahiran asas ni. Daripada menjahit sampailah buat kuih tradisional. Memang aku kena belajar.😈

          Yang paling menyentuh perasaan aku, baru-baru ni, Pak Itam dan Mak Itam aku ada ambil anak angkat perempuan daripada seorang perempuan yang taknakkan anak tu. Iyalah, anak tu anak luar nikah, jadi mak dia malu nak bela bayi tu. Jadi Pak Itam dan Mak Itam aku pun ambillah anak tu masa masih bayi lagi memandangkan diorang pun tak ada anak perempuan. Dah pandai cakap pun budak tu sekarang. Mulia sungguh hati Pak Itam dan Mak Itam aku……

Itulah kisahnya perjalanan aku hari ini. Aku pergi berjalan selepas 2 minggu tak keluar rumah..Memang aku gadis sejati..kuikuikui

This entry was posted in Kehidupan Peribadi and tagged . Bookmark the permalink.

28 Responses to Lelaki Pandai Jahit Langsir Barulah Sweet dan Kacak

  1. padin says:

    “..jadi bila nampak perempuan diorang ingat kitorang ni unta ke apa lah agaknya..”
    berulang kali baca, berulang kali jugak aku gelak wakakaa

  2. amirulfaiz says:

    Fuhh, memang terbaik lah lelaki yang berkemahiran begitu. Serba boleh. Untunglah sape yang bersuamikan mereka.

  3. ciksembang says:

    gadis sejati..? yolah.. setuju

  4. zulkbo says:

    salam..
    semoga bertemu jodoh dengan
    seorang tukang jahit satu hari
    nanti..amin!

    **untuk tempahan langsir, baju melayu
    boleh hubungi http://www.zulkbo.com🙂

  5. tehr says:

    aku pun boleh jahit langsir
    tapi 4 segi lurus je la
    hahaha

    masak telur rebus pun pandai gak
    hahaha hahaha

  6. zulkbo says:

    Ermm..tetiba saya terfikir kenapa semua anak
    bujang tu semua lari kerana takutkan unta..
    mengikut kajian saintifik: UNTA suka “buang angin”
    agaknya itu sebab utama semua melarikan diri:mrgreen:

  7. hatiputera says:

    Beruntungla kalau dapat lelaki yang pandai menjahit,,,😀

  8. titan says:

    haha..menjahit? takde hal..nak jahit mesin ke tangan? nak jahit apa?? baju kurung dan baju melayu pun aku leh wat. haha..memasak? boleh je. cuma aku malas aje. haha.. apa yang orang pempuan wat..aku leh wat. kecuali beranak aje. Itu sampai mati pun aku tak nak wat. haha..itu keje orang perempuan..

  9. Pingback: Kekalahan kedua yang tak kacak.. | EarnCent.com

  10. akubiomed says:

    2 adik ipar lelaki saya mempunyai terlibat dengan andaman. Seorang berkebolehan menyolek dan seorang lagi boleh membuat gubahan hantaran dan menjahit.

    Saya pula hanya pandai jahit langsir koyak sahaja. Ha..ha..

  11. Mama Murai says:

    lelaki yang jahit langsir tu? Wah… kacaknya dia… jarang tau kaum adam boleh jahit langsir. Yang selalu saya tengok, jahit baju je.

  12. farahaznil says:

    hahaha…dpt laki siap pakej….wahhhh…bagus di buat menantu tuh…xdela mcm hantu..hehe

  13. shraqs says:

    Kalau stakat jahit biasa2 cam butang, zip @ kaki seluar tu bleh la… tapi klu dah sampai jahit langsir camtu memang “terrer” lah.

  14. Wan Gerrard says:

    ohh bukan lelaki pandai masak lebih menarik perhatian ke? lol
    x reti jahit xpe😛

  15. Mekar says:

    Kebanyakkan org lelaki skrg banyak yg tahu pasal kerja kemahiran yg selalu dimonopoili golongan wanita. Memasak, menjahit, berkebun…. Kita yg pompuan ni boleh rasa tercabar juga weh.. 😎

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s