Dulu Ibu Hantar Saya Nurseri, Sekarang Giliran Saya Pula

Assalamu’alaikum

Dalam beberapa minggu yang lepas, aku terdengar perbualan seorang pendengar radio Hot FM kepada DJ nya mengatakan bahawa, elok juga kalau hantar ibubapa yang dah tua ketika anak-anak pergi kerja ke rumah orang tua-tua atau nurseri untuk orang-orang yang dah berusia. Alasannya, masa kecil-kecil dulu mak hantar saya pergi nurseri, jadi bila dah besar ni saya pun boleh buat macam tu kan? Dah habis kerja petang tu bolehlah ambil dan bawa balik rumah.

Err..bunyi macam logik juga kan? Tapi lebih kepada nak balas dendam je?😮

Pendengar radio tu seterusnya berkata, masa ibubapa hantar anak-anak dekat nurseri, cuba fikirkan perasaan anak tu ditinggalkan ibubapa macamana? Itu dia yang kata.

Kalau aku, aku tak sanggup, tak sampai hati dan takkan buat. Lagipun masa aku kecil-kecil dulu mana ada umi hantar aku pergi nurseri. 24 jam bawah jagaan umi ok. hehe.

Kalau korang pula macamana? Bolehlah kongsi-kongsikan pendapat di ruang komen atas kerelevanan saranan tersebut. Terima kasih!🙂

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Dulu Ibu Hantar Saya Nurseri, Sekarang Giliran Saya Pula

  1. titan says:

    rasanya aku takkan buat. 😡

  2. Cyza says:

    Harapnya aku dan isteri ku tak di jadikan seperti itu kelak…

  3. Wira Chomel says:

    itulah..saya pun xkan benarkan “bakal” isteri wat camtu.huhu..lgpun xcaye org lain didik anak2 sendiri..kalu boleh biar isteri sendiri yang didik.sebab kita yang tarbiah isteri.

  4. Tuan Tanah says:

    aku rasa tidak ada mak bapa yang nak hantar anak-anak ke nurseri tanpa sebab…setahu aku semua yang hantar adalah mereka yang berkerja….memang tak patut la hantar ibubapa ke umah nurseri tua…..atas sbab “dulu mereka hantar kita ke nurseri”

  5. akubiomed says:

    Kerajaan menjangkakan perbelanjaan untuk rawatan warga emas di Malaysia akan meningkat kerana taraf kesihatan warga emas di Malaysia sudah ada peningkatan.

  6. Mama Murai says:

    tak sanggup, melainkan kalau ibu bapa yang hendak ditinggalkan perlu perhatian setiap masa. Itu pun kena fikir dua tiga kali, kalau boleh cari pembantu rumah, adik-adik atau pun kalau ada pendapatan sampingan berhenti kerja untuk menjaga mereka.

    Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan mereka ketika di tinggalkan sendirian.🙂

  7. “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”

    Doa si anak tu makbul kot

  8. maza says:

    sebenarnya bergantung kepada keadaan..
    dunia semakin berubah..
    jadi tolak ansur, toleransi dan saling memahami diperlukan..

    tak semestinya bertindak sedemikian rupa sudah dikira tak menghargai org tua, dan tidak semestinya menjaga 24 jam org tua sebgai bebanan…

    apa yg penting ialah bertolak ansur dan saling membantu..insyaallah akan dirahmati…

  9. tehr says:

    Sengaja mencari dan mencipta alasan
    Apakah lepas tu nanti akan hantarnpula mak ayah ke sekolah?
    Masuk U dan…?

    Manusia sentiasa ditipu oleh kepintaran akalnya sendiri

  10. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..dari tinggal sendirian
    di rumah atau dengan maid baik
    ke nursery ada juga kawan sebayanya
    di sana..ramai warga tua yang saya
    jumpa prefer pergi tinggal pondok
    (itupun kalau masih boleh berjalan)
    mendalami ilmu agama dengan sisa2
    hidup yang masih ada..apa nak buat kan
    anak-anak sibuk mencari nafkah hidup

  11. zool says:

    😥 Harap2 tak begitu. jagalah ibubapa sehingga akhir hayat

  12. Pingback: Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume? | EarnCent.com

  13. zik says:

    erm jangan2.. biar sibuk manapun.. mesti bagi masa…

  14. shraqs says:

    Bab2 macam ni memang tak suka nak komen,… kadang2 buat kita rasa nak marah,.. tapi risau jugak kita nanti camana ek…

  15. Wan Gerrard says:

    patut jaga mak ayah kita, merekalah segala-galanya hingga bila-bila🙂

  16. nizam says:

    keterpaksaan orang sekarang terpaksa hantar nursery kan…lau x,sape nak jaga anak2..tak gitu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s