Closer

Assalamu’alaikum

Movie Closer yang dibintangi oleh Jude Law, Natalie Portman dan Julia Roberts ini memang harus ditonton untuk manusia yang tak menghargai cinta. Aku tengok Sherlock Holmes, si Jude Law ni tak adalah menawan sangat, dalam movie ni aduhlah…aduh..aduh.. Tersentuh naluri kewanitaan aku dengan kehenseman dia.

Cerita ini mengisahkan Dan Woolfe (Jude Law) dan Alice Ayres (Natalie Portman) yang menjadi sepasang kekasih semasa pertemuan pertama mereka ketika Alice baru saja sampai ke Kota London dari New York bagi melarikan diri daripada kekasihnya di New York yang curang. Selepas beberapa tahun bercinta, Dan Woolfe terjatuh cinta pula pada Anna (Julia Roberts) dan mengajak Anna untuk menjadi kekasih gelap dia. Alice tahu tapi dia buat-buat tak tahu sehinggalah satu hari Dan mengaku pada Alice yang dia bersama dengan Anna secara diam walaupun Anna sebenarnya dah pun berkahwin dengan Larry. Alice tinggalkan Dan. Dan hidup dengan Anna. Anna nak bercerai dengan Larry. Larry berjaya mengambil hati Anna semula. Dan cuba merebut kasih Anna daripada Larry. Anna pilih Larry. Larry nasihatkan Dan untuk mencari Alice yang dah pun bekerja di club. Dan bersama semula dengan Alice. Tapi Dan tak boleh terima sepanjang diorang berpisah Alice bersama dengan lelaki lain. Alice tinggalkan Dan lalu pulang ke New York.

Di akhir movie ini, Dan bersiar-siar di Memorial Park di mana tempat ini lah dia dan Alice singgah masa di awal perkenalan diorang. Dan terpandang satu papan memorial yang bernama Alice Ayres yang mati ketika melahirkan anak ketiganya. Masa Dan tanya nama Alice awal-awal perkenalan, rupa-rupanya Alice si awek Dan ni ambil nama perempuan yang ada kat Memorial Park tu. Hakikatnya nama Alice yang sebenar ialah Jane Jones! Sebab tu lah Alice tak pernah tunjuk passport dia kat Dan sebab dia tak nak Dan tau nama dia yang sebenar. Maka, terkulat-kulat lah Dan mengenangkan nasib diri yang tiada harapan untuk bertemu dengan kekasih hatinya selepas dia mengecewakan Alice untuk bersama dengan Anna!

Aku nangis tengok movie ni masa dekat part yang Dan mengaku dengan Alice yang dia dah bersama dengan Anna. Sebab situasi ni pernah dekat dengan aku…Aku pernah mengalaminya.. Sangat pilu lagi menyedihkan..

 

 

 

 

Alice: I amuse you, but I bore you
Dan: No
Alice: You did love me?
Dan: I’ll always love you. I hate hurting you
Alice: Then why are you? (betraying me)
Dan: Cause I’m selfish. And I think I’ll be happier with her.
Alice: You won’t. You’ll miss me. No one will ever love you as much as I do. Why isn’t love enough. I’m the one who leaves. I’m supposed to leave you.

Sekian…😥

This entry was posted in Album dan Video, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Closer

  1. titan says:

    rajin gila tulis artikel 2-3 hari nih..😈

  2. maza says:

    Oh! maza memang menghargai cinta..
    jadi tak perlu tontonlah ya..

    ahaks.. lalalala

    Psst: sebenarnya takut terjatuh cinta dgn Natalie Portman lah pulak.. oppss…
    lalalala…terlantun-lantun lah fulaks

    😆 😆 😆

  3. ciksembang says:

    hmm boleh difikirkan untuk tengok..
    nak bagi petua sikit kat adel.. sebelum dia tinggalkan kita, kita tinggalkan dia dulu.. hahaha tak leh pakai punya petua ni

    • adele says:

      hahaha…boleh difikirkan petua tu…tp rasa mcm tak sanggup je..lbih rela ditinggalkan dpd meninggalkan dulu..teruk kan! $^$@#

  4. akubiomed says:

    Jude Law didunia sebenar boleh dikatakan playboy juga.

  5. Juan says:

    sbnrnya ni curahan hati cik adele pada blogger utk mengimbau kenangan beliau (adele), hehehhe

  6. shraqs says:

    Jude Law tu ok la,… gaya gentleman,.. tapi saya tak minat Julia Roberts laaa…. pass

  7. chii says:

    errr..chii terpaksa baca bbrp kali utk faham cerita yg adele kongsikan 😡

  8. suri says:

    uih jgn sedih lagupin enrti inid ah terluah pun kan hee serba sdkit perasaan sedih hing juga tonggal baki jer nak hapuskan semuanya huu….sabar😥 😥

  9. suri says:

    CLOSE..WESLIFE dulu mmg hafal gila2 lagu tu..mmg mint kumpulan tu pun hee…tapi skrg tggl kenanga huuu😥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s