Double Jeopardy

Assalamu’alaikum

Semalam aku tengok movie yang bertajuk Double Jeopardy. Best dan smart betul masa isteri dia yang cantik tu bunuh suami dia. Padan muka suami tu. Padan muka! Padan muka! Geram betul lelaki yang main kayu tiga belakang isteri ni.

Baik, kita sambung movie review. Jadi apakah bendanya Double Jeopardy? Double Jeopardy merupakan satu istilah undang-undang di mana seseorang yang pernah disabitkan kesalahan tak boleh disabitkan untuk kali kedua. Dalam bahasa mudahnya aku berikan contoh, Encik Titan disabitkan kesalahan membunuh secara sengaja musuhnya (sape2 je lah kan-contoh je). Hukuman sudah pun dijatuhkan iaitu dia tak boleh menulis blog sampai bila-bila. Tiba-tiba setahun kemudian dia dituduh membunuh lagi sekali. Jadi tuduhan yang kedua adalah tidak terpakai sama sekali. Jangan tanya aku kenapa tapi itu lah undang-undang yang terpakai di negara kita yang mengikut undang-undang England.

Dalam movie ni, sepasang suami isteri ni pergi berlayar ke tengah lautan untuk menikmati saat-saat berdua yang indah. Seminggu sebelum tu suami tu ada apply insuran berjumlah 2 billion untuk harta dia. Satu pagi kat tengah laut tu, isteri tu bangun tidur tengok banyak darah di atas kapal dan di tangan dia. Suami dia hilang dan masa betul-betul isteri ni pegang pisau yang konon-konon digunakan untuk menikam suami dia, polis pun sampai. Isteri tu dituduh membunuh suami dia dan motifnya adalah untuk mendapatkan insuran 2 billion tersebut. Isteri tu dihukum penjara selama beberapa tahun.

Hakikatnya, suami tu sengaja perangkap isteri dia untuk hidup bersama dengan kekasih lainnya yang merupakan kawan baik isteri itu sendiri. Suami ni dah tukar identiti dan mulakan hidup baru dengan si kawan baik isteri. Alangkah kecewanya isteri ni bila anak dia sendiri dibawa lari oleh kawan baik dia sendiri dan hidup bersama suami dia.

Masa kat dalam penjara, isteri ni kuatkan stamina fizikal dan mental untuk berhadapan dengan situasi yang akan datang. Seorang peguam yang dipenjarakan bersama-sama isteri ni nasihatlah isteri ni bila dah keluar nanti bunuh suami dia betul-betul sebab seseorang tak boleh disabitkan dengan kesalahan yang sama. Jadi, bila isteri ni dah keluar penjara, dia cari suami dia yang dah tukar identiti tu dan akhirnya bunuh suam tu betul-betul. Sebab tu lah padan muka untuk suami tu.

Kalau kita nak berbuat baik kenalah bijak, nak buat jahat pun bijak lah jugak…Kenapa lelaki ni isteri dah cukup cantik pun masih nak cari lain juga. Sungguh aku tak faham..

Sekian terima kasih…Nak tengok movie lain pulak. Bye๐Ÿ™‚

This entry was posted in Album dan Video, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Double Jeopardy

  1. akubiomed says:

    Filem Bone Collector yang diterajui oleh Denzel Washington dan Angelina Jolie pun best juga untuk ditonton.

  2. shraqs says:

    Dah lama citer ni tapi best. Puas hati mnonton

  3. Juan says:

    jawapan utk last tu adalah “perempuan memang xkan faham”
    tp citer ni best jer, citer lama ker baru, nanti saya cari, mcm best jalan ceritanya

    • adele says:

      paham sbnrnya..saja buat2 tak paham..lelaki mmg mcm tu kan?๐Ÿ˜€

      mmg best..citer lama ni tahun 1999..cubalah download dan slmt menonton!๐Ÿ™‚

  4. rahman says:

    ngeri laa .. main bunuh bunuh ni๐Ÿ™‚

  5. ohcikgu says:

    macam seronok aje tengok ni. hehe๐Ÿ˜›

  6. Mama Murai says:

    Dah beberapa kali tengok movie ni, memang mantap dan tak membosankan… Lagi pun lakonan Tommy Lee Jones dalam filem ni betul-betul menjadi.

  7. titan says:

    tak tengok lagi cerita nih..
    apa yang spesialnya???

  8. zulkbo says:

    salam Adilah..
    dah tengok dua kali di tv dan sekali cd pirated..
    ermm..menarik kisah ni cuma tak lojik bab bunuh
    dapat claim insuran nyawa padahal tak jumpa mayat kan?
    apa pun kesian kat pompuan tu nasib baik pegawai parol dia
    berkenan kat dia..boleh lah tolong kan..?๐Ÿ˜Ž

    • adele says:

      salam..
      hehe..tak logik nape pulak?
      Ada satu kes di mahkamah iaitu Sunny Ang lawan Pendakwa Raya,
      pembunuh dituduh membunuh seorang kanak-kanak disebabkan
      motif utk mendapatkn insuran ke atas kanak-kanak tersebut..
      mayat kanak2 tersebut sengaja dilemaskan oleh pembunuh tu
      nun di sebuah Pulau kat Sabah..mayat kanak2 tu tak dijumpai pun๐Ÿ™‚

  9. Cyza says:

    Marah + geram nampak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s