Kesedapan Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah..syukur..syukur..abang aku balik dari Pahang bawa ikan patin. Bolehlah masak ikan patin gulai tempoyak. Kat rumah aku ni tempoyak sentiasa ada. Senang nak masak ikan patin comel ni kalau abang aku balik dari Pahang. Ikan patin yang original dari Sungai Pahang memang tiada tandingan. Kalau orang suka gulai tempoyak ni tapi tak pernah rasa dari Pahang punya tolonglah jangan claim yang gulai tu lah tersedap kat area Selangor ke KL ke. Aku tak suka dengar.

ikan patin
hai nama saya nur patin binti ahmad shark.daging saya sedap.

Aku ni dibesarkan dekat Jerantut, Pahang. Dulu masa duduk dekat Jerantut, SETIAP HARI makan ikan patin ok? Tak pernah bosan. Kalau setiap hari masak gulai tempoyak ni memang takpe. Sebab aku memang suka. Kalau ada yang tak suka tu siapa suruh tak suka? Kalau bosan gulai tempoyak, kita ubah style sikit masak ikan patin bakar sumbat sambal kat tengah tu. Pergghh. Speechless. Kalau goreng sampai garing pun memang sangat terbaik!!!

Bila dah tak duduk Pahang memang susahlah nak cari Ikan Patin setiap hari. Harapkan abang aku lah yang balik dari Kuantan belikan Ikan Patin on the way balik sini. Memang abang aku ni ditakdirkan duduk Pahang untuk menghubungkan kitorang sekeluarga dengan Ikan Patin.

Hari ini kami sekeluarga berkumpul di rumah untuk menikmati hidangan ikan patin. Jemput makan semua ya?๐Ÿ˜€

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Kesedapan Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

  1. titan says:

    eleh..kita pun makan ikan patin hari ini..๐Ÿ˜ˆ

  2. iza says:

    Assalam..
    Tak pernah makan ikan patin lagi walaupun dah 2 kali sampai Pahang.
    Dengar kata harga masakan ikan patin kat sana mahal. Takut pulak nak order..

  3. Cikgu Hairul says:

    Waduh.. tengah blogwalking tetiba ada orang post gamba ikan patin masak gulai tempoyak . Rasa nak pegi beli jap. Hahaha.

    Ikan patin memang sedap dibuat gulai. Dagingnya lembut.. Fuhh kalau gulai tu pedas lagi la terangkat. Meleleh air mata sambil menjilat-jilat jari. Mak mertua lalu belakang pun tak sedar.

  4. lydiamiza says:

    salam…patin sungai pahang mmg mengancam.akak masa duk blajar kat jengka hari2 mkn patin. mahal pun takpe sbb mmg suka. klu blk dr segamat tu mmg singgah temerloh pekena patin dulu br naik bas ke jengka. punyalah gila kat patin.

    dah kawen mmg akan beli patin di highway segamat kuantan tu kalau nak blk dr segamat ke kerteh.patin patin patin. huhu..rindu nk mkn patin. dah lama tak mkn.

  5. zulkbo says:

    salam..
    alahai duduk Jetantut ke dulu2..
    baru tahu..ikan patin memang
    sedap kalau yang pandai memasaknya
    kalau tidak..tak sedap juga..

    yang menjemput orang makan ni
    sapa yang masak..?๐Ÿ˜Ž

  6. akubiomed says:

    Saya tak makan ikan dan tempoyak. Jadi tidak terkesan dengan godaannya.๐Ÿ™‚

  7. tehr says:

    apasal la kat sawah belakang rumah aku tak ada ikan patin
    huhu

  8. ikan patin ni pun ada yang tak suka makan, hanyir katanya.. (setuju)

    satu hari waktu dekat kedai melayu ni.. bila saya tanya dekat makcik yang jaga tempat makanan, ni ikan apa mak cik..

    dia pun jawab.. ni ikan patin dan dengan muka kerut2.. adik makan ke ikan patin? hanyir sikit tau

    entah kenapa, dia macam nak bungkus bisnes dia sendiri nampaknya

  9. maza says:

    huhuhu.. maza pernah cuba ikan patin masak tempoyak..

    tapi maza lebih gemar ikan mayong masak asam pedas…perkhh!
    sentap sehh.. ahaks.. lalalala

  10. ohcikgu says:

    kedai depan masjid baru tu..fuhh..kena dengan sambal tempoyak dia. memang sedap. murah plak tu.

  11. shraqs says:

    Biasanya kalau nak mekan ikan patin gulai tempoyak ni sy pegi ke Temerloh,… memang best!

  12. suri says:

    oh tidak saya tak makn kaaaaaa..ikan laut makan le heee.

  13. Aizan Fahri says:

    clearly, ikan yg paling tersedap di antara semua ikan untuk dimakan ialah ikan tenggiri…. daging dia seolah2 ada layer dan empuk plak tuh. bila makan dengan masakan dan ramuan tertentu memang perghhhhh yang amat r..

    tapi ikan tuh mahal…. siot~

    • adele says:

      paling tersedap?? haha. sedap sgt lah tu…

      org ganu mmg tak boleh pisah dgn ikan tenggiri sbb nasi dagangnya nak dimakan ngn ikan patin mmglah mustahil…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s