Bekas Kaki Novel

Assalamu’alaikum

Dulu-dulu masa aku form 3, aku memang kaki novel. Bila dah kaki novel mestilah jiwang. Bila dah jiwang, mulalah buat karya sendiri lepas tu hantar kat majalah. Bila dipublishkan dapatlah duit, RM150 untuk satu cerpen ok lah tu kan?🙂

Sejak usia aku meningkat ke 20-an ni, aku dah semakin tak jiwang. Aku kemas bilik banyak pulak novel dahulukala aku. Nak dibuang sayang. Nak simpan semak. Tapi sayang jugak aku pun simpanlah.

Ni tak termasuk yang orang pinjam tak pulang-pulang, yang dah terbuang…

Koleksi Ramlee Awang Murshid yang terbaik!

Karya Syarifah Abu Salem

Buku baru beli, bajet baca lah masa cuti ni..:mrgreen:

Terapi masa aku patah hati suatu masa dulu..Tak berkesan😈 Taoi aku bahagia dah sekarang😀

Novel jiwang omputih…Lagi best daripada novel melayu yang ada di pasaran sekarang…😯

Novel terbest pernah aku baca.

Novel Diari Bonda yang sangat-sangat menyentuh jiwa. Siapa ikut tau lah betapa nak menangisnya.

Kad birthday tak ketahuan. Saja beli sebab kata-kata yang best kat dalam tu. Kehkeh

Kebanyakan drama hari ini yang diadaptasi daripada novel semuanya aku dah baca seperti Bicara Hati, Cinta Madinah, Gemersik Kalbu, Tak Semanis Impian + Tak Seindah Mimpi dan lain-lain. Ombak rindu je entah macamana aku boleh terlepas baca. Semua cerita tu aku tak tengok sebab aku tahu mereka takkan mampu menandingi kuasa kehebatan novelnya.

Okeh..kena sambung kemas rumah! Sekian🙂

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Bekas Kaki Novel

  1. Aizan Fahri says:

    laksamana sunan !! epic ! tapi, agak2 boleh lawan tak….
    i.imgur.com/QWfaq.jpg

    kakak sy punya….. ia banyak dan semakin bertambah… ==’

    • adele says:

      woaaaaahhh ini rak buku sendiri ke kedai punyer😀

      ala..tak boleh lawan lah…kalo akk pny sebaris atas tu je..yelah..duit takde nak beli setiap minggu..haha

  2. Juan says:

    mak ai, ni memang kaki novel nih, heheh

  3. pergh banyak nyeee.. boleh buat perpustakaan novel tu…

  4. titan says:

    aku dah pencen jadi kaki novel. sekarang ni, aku cuma baca karya ramlee awang murshid aje yang aku mampu..

  5. erma says:

    patutla blogger, rupanya suka baca novel budak ni. hehehe

    serius, tak suka layan novel sebab perasaan boleh melayang-layang macam superman.aku hanya suka baca kalkulator je, xsuka baca ayat-ayat. sebab tu xboleh jadi lawyer macam adilah hamzah ni,haha

  6. akubiomed says:

    Tebal-tebal muka surat. Kalau saya baca muka pertama sudah menguap.🙂

  7. suri says:

    manyaknya novel kaki novel nie heeee

  8. suri says:

    dulu suri ada novel masa begelar pelajar tapi bila kwn2 pinjam tak reti pulang balik.skrg klu beli novel mmg tak bgi org pinjam pun.sb dah terkena berkali2😎

  9. suri says:

    kad tu sapa yg bgi heeee..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s