Liam Neeson, Hero Taken Pertimbang Masuk Islam

Assalamu’alaikum

Wah terperanjat aku baca kisah ni di Beautifulnara. Inilah antara pelakon yang aku adore selepas Wentworth Miller dengan Simon Baker dan juga Robert Downey Jr. Semua tua kan? Memang aku suka pelakon tua sebab lagi tua lagi diorang hensem….Serius!!

Kalau tak kenal siapa Liam Neeson ni korang kenalah tengok Movie terbaik di bawah ni:

  1. Taken
  2. Unknown
  3. The A theme

Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan โ€œtelah meresap ke dalam jiwanyaโ€ semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.

Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.

Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.

Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.

Tetapi bintang itu, yang isterinya, Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2008 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.

Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.

Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.

Sumber: Beautifulnara.com

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Marilah sama-sama kita doakan supaya beliau diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam yang suci ni..InsyaAllah๐Ÿ™‚

This entry was posted in Info dan Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

30 Responses to Liam Neeson, Hero Taken Pertimbang Masuk Islam

  1. Norasikin says:

    Syukurlah kalau dalam usia emas, sempat memeluk islam. Tp biasanya mesti dia akan dipanggil dan di brainwash lepas tu jadilah dia seperti sediakala

  2. rahman says:

    kita doakan yang terbaik untuk saudara baru kita ni

  3. maza says:

    psst: maza lak mengenali Tan Sri P Ramlee, S Shamsudin, Aziz Satar… Aron Aziz tu tak berapa nak kenallah fulaks. ahaks. hehehehe

    oppss…ada kaitan ke dgn entry ini? hentam ajelah?! hahahaha

    ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

  4. Fakhruddin says:

    kalau masuk islam..alhamdulillah ler..

  5. suri says:

    jika sudah terbuka mmg manis saat itu nnti

  6. puanbee says:

    Tak mustahil kan , mungkin dia betul2 terbuka hati utk memeluk islam

  7. akubiomed says:

    Liam Nelson ini kira pelakon Otai banyak filem yang di bintangi seperti The Shadow, Batman dan sebagainya.

  8. iza says:

    Assalam..
    Alhamdulillah…
    bertambah lagi umat Islam atas muka bumi ni..

  9. zulkbo says:

    salam..
    semoga terbuka pintu hatinya
    dah dekat dah tu..insyaallah..

    bagaimana kita yang sedia islam
    ni..bila nak dapat hidayah Allah?
    teringat kisah Cat Steven dulu..

  10. Alhamdulillah,
    Semoga hatinya akan terus disinari cahaya keimanan.

  11. faiz says:

    alhamdulillah…sempat diberi hidayah…

  12. titan says:

    lelaki tua ni..lebih kacak. dalam macam-macam perkara. ๐Ÿ™‚

  13. azrinna says:

    Kadang2 kita yang sedia Muslim dengar Azan tidak memberi kesan. Tetapi itulah yang dinamakan Hidayah. Indahnya Hidayah Allah itu.

  14. tuan tanah says:

    jika benar alhamduliliah….itu lah antara sbb mengapa Nabi kita memilih Bilal bin ranag untuk melaungkan azan………

  15. Juan says:

    serius saya suka cara laokan liam neeson, filem taken tu dalam hardisk saya hingga kini x pernah buang, layan banyak kali dah, hehehe

  16. Aizan Fahri says:

    wahhh ! meriah ! Simon Baker bila nak masuk islam eh?

    btw, citer2 yang hero dia orang tua2 best sebab dlm citer tuh sepertinya tidak akan ada adegan percintaa serius yang kadangkala memualkan amat…. tak percaya, cuba layan citer the mentalist and compare the mentalist dgn Chuck atau Bones…. hehe

    • adele says:

      yup…setuju…stkt ni The Mentalist smpai season 4 episode 11 ni masih takde satu pun itu tersebut..๐Ÿ˜€

      • Aizan Fahri says:

        ehh, ader je lah tapi tak memualkan sangat mcm Wayne Rigsby dengan lawyer tuh…. mujur watak minor je.

        aper2 pun, kalau nk tgk citer yg serius maen fakta, tengok lah citer2 jepun…. sy suka tgk citer Code Blue (2 musim, 11 episod utk 1 musim). Skang ni pun tgh download Change dengan Bloody Monday season 2.

  17. Pingback: Kalau ada Lee Byung Hun Baru Layan Korea | CetusanHati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s