Cara Menjimatkan Bandwidth Hosting

Assalamu’alaikum

Yeay, semalam aku dah topup bandwidth sebanyak 10GB. Aku cakap aku tak ada duit sebenarnya aku ada lah duit. Keluar je duit semalam terus topup. Tapi duit aku ni istimewa sikit tak keluar melalui ATM, aku keluar manual dari bank. Yang bangangnya aku pergi tulis Ringgit Malaysia Empat Ratus Setengah. Lepas tu orang kat kaunter tu gelak sinis kat aku sambil memotong perkataan setengah tu lalu menggantikannya dengan lima puluh sahaja. Hek eleh, itu lah dah lama tak keluar duit manual macam tu lah jadinya….

Berbalik semula kepada penjimatan bandwidth aku nampak cara yang terbaik untuk diri aku sendiri (mungkin tak effect pada orang lain) ialah dengan host image kat hosting free seperti Photobucket dan Imageshack. Sebab gambar aku semuanya besar-besar, saja mengada nak nampak penuh blog. Tapi boleh jimat banyak dah kat situ. Selain itu kalau ikut petua Puan Bee macam ni pun boleh jimat bandwidth.

 

Buat Apa Guna Hosting Berbayar Kalau ada Platform Free?

Haa, mungkin ada sesetengah yang akan bertanya macam tu kan? Walaupun berbayar tapi puas hati sebab kita boleh betul-betul buat blog kita sendiri,yang macamana kita nak sehingga puas hati dan tak terikat seperti yang ada di platform free. Hanya mereka yang dah menggunakan hosting sendiri saja yang akan merasakan perasaan macam ni. Perasaan yang takkan pandang belakang lagi bahkan akan menanggung apa jua yang berlaku pada masa hadapan yang melibatkan hosting berbayar. Lagipun pendapatan blogging boleh menampung bayaran hosting kita jugak. Dan yang paling penting adalah kepuasan dalam berblogging. Betul tak betul??😀

 

Lagi satu yang best hosting sendiri ni sebab ada Awstat yang accurate…Tak macam Nuffnang tu..dahlah kedekut, tak accurate pulak tu statnya! 1000 UV kat Nuffnang bersamaan 2500 UV kat Awstat. Huh!❗

Sekian..terima kasih🙂

This entry was posted in Blogging Tips, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

18 Responses to Cara Menjimatkan Bandwidth Hosting

  1. Adam Roslan says:

    Upload gambar dekat Facebook, insert dalam WordPress. Jimat banyak tu.

  2. faiz says:

    mesti traffik gempak..tu yg bandwith ckup tu..

  3. titan says:

    buat cara aku. upload gambar kat facebook. ambil link dia..tepek kat blog. selesai masalah. haha..

  4. zulkbo says:

    salam..
    ermm..macam marah kat
    seseorang je nih..harapan
    bukan saya la ye..?❗

    banyaknya duit dia..
    empat ratus setengah🙂😎

  5. zulkbo says:

    Nak buat macam mana kan
    demi kepuasan individu..🙄
    saya tetap hormat pendirian
    setiap orang..lain orang lain
    hatinya..rambut sama hitam..
    hati tak mungkin sama..

    lebih prefer yang percuma..
    pendapatan dari iklan boleh
    guna bayar bill internet pula😎

  6. Kalau pakai hosting sendiri,akan ada kepuasan didalam diri…hehe

  7. Juan says:

    wahhh, trafiik mantap nih, hehe

  8. akubiomed says:

    Buat masa ini saya host gambar di luar hosting tetapi tidak tahulah berapa lama akan bertahan.

  9. shraqs says:

    Samala, sy sendiri pun ada guna Photobucket, tapi bukan semua … guna host bebayar ni lebih seronok sebab terpaksa buat betul2 sebab dah bayar🙂

  10. Aizan Fahri says:

    host kat imageshack ? ==’ oh patut berat sikit nak load gambar.

    cepat nye habis bandwitdh, atau plan yg agak ciput? btw, sebelum upload gambar2 tuh, crush dulu bagi kecik. pakai lah software mcm trimage ke, atau online service mcm Smush it atau jpegmini….

    satu lagi, nak upload gambar pastikan ia dlm format jpeg, lepas tuh compress pakai cara yg sy sebut kat atas… setel masalah.

    • adele says:

      akk tak rajin upload kt imageshack..slalu kt photobucket.tu pun gmba yg besar2 je..

      mmg plan ciput pun..malas lah pulak nak upgrade..huhu

      oo yelah..mekasih gtau, lps ni akk blaja jap dulu mcmana nak kecikkan gmbr..mekasih ajar!😀

      • Aizan Fahri says:

        erm… trimage takder utk Windows, linux je ader pun. Kalau nk pakai kat Windows, pakai yg web-based service cukup dah. So, boleh try Yahoo! Smush It dengan JpegMini je lah kot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s