Ilmu Faraid Adalah Perkara Pertama Yang Akan Dicabut dari Umat Islam

Assalamu’alaikum

Sayangnya dah lupa aku nak mengira bab faraid. Kena buka buku balik ni. Faraid ni macam add math jugak. Kalau dapat jawapan mesti suka dan bahagia. Kalau setakat satu isteri, sorang anak lelaki, dua orang anak perempuan, ibu dan ayah itu mudah lagi. Tapi kalau ada 4 isteri, anak berpuluh-puluh, mak mertua dan pak mertua pun harap-harap adalah bahagian untuk aku. Haai, cucu pun nak jugak? Dan ketika itu lah faraid sangat-sangat diperlukan bagi mengelakkan persengketaan dan perpecahan dalam keluarga. Faraid lah yang akan menentukan samada kita berhak ataupun tak ke atas harta si mati.


Bestkan? Aku pun tengah berkira-kira untuk mendalami bidang ni lepas dah habis degree nanti. Tapi Islamic Banking pun aku minat jugak. Ok,sabar dulu. Habis belajar baru decide.

Sabda Rasulullah s.a.w.; “Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Belajar faraid ni pun bukanlah semudah matematik tahun 1, kalau tak masakan hadith ni berbunyi “akan dilupakan dan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. Disebabkan kurangnya minat orang pada zaman ini untuk mendalami faraid maka ia semakin dilupakan oleh umat Islam. Bila dah lupa maka pastinya ia akan dicabut dari dunia ini…

This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

29 Responses to Ilmu Faraid Adalah Perkara Pertama Yang Akan Dicabut dari Umat Islam

  1. b3njy says:

    Menarik juga ilmu faraid ni yer … tetapi bila dengar macam susah je 😡

  2. suri says:

    apa lagi yang dila nampaknya kena sekal buku ar gamaknya heee

  3. suri says:

    suri tak suka math tam blh migren jap hgeee..benar kata org ilmu klu tak belajar betul2 mmg rugi nak2 klu ilmu tu ilmu wajib kita tahu.salah satunya hal2 dlm pembahagian harta pusakan nikan…

  4. iza says:

    Assalam..
    Best belajar faraid ni..belajar asas je dulu sekadar ambik exam…kena pulak dengan ustaz yang suka buat lawak, memang tak mengantuk. Kalau ahli keluarga sikit, senang la kan…

  5. Denaihati says:

    memang xariff bidang ni, banyak yg xtau dr yg tau.

  6. Faiz Ezra says:

    sy nak belajar faraid sungguh saja…..syukran for info

  7. Ridhwan says:

    heheh….. faraid subjek fav…… dah la payah sikit sikit pastu blajar dlm bahase arab plak……pergh.., rindu ngan Dr. Ibrahim Negasi

  8. akubiomed says:

    Tempoh hari Adele menerangkan baru mukadimah saya pun sudah tidak faham.🙂

  9. Wan Gerrard says:

    minat gak bidang ni..slow2 boleh faham la nt😀

  10. azura says:

    pembahagian harta mengikut faraid memang perlu kerana ia bukan perkara mudah…tapi kalau sudah ada wasiat atau hibah sebelum kematian seseorang tak perlulah kita ikut hukum faraid…

    • adele says:

      kebiasaannya si mati takkan mewasiatkan atau menghibahkan kesemua hartanya..pasti akan ada juga saki baki harta utk difaraidkan..🙂

  11. titan says:

    penting woo..anak lelaki kena tahu bab faraid nih..

  12. Wira Chomel says:

    dulu ade baca jugak bab faraidh ni dalam buku umdatus salik krgn ibn naqib al-missri tu..pastu try nk habeskan baca fiqh manhaji bab ni..mmg payah..serahkan pada yang pakar je lah..hukum basic lain pun bnyk xtaw lg..😛

    Wira Chomel recently posted 5 Cara Mudah & Ohsem Nak Diet dan Kekal Cantik

  13. ohcikgu says:

    budak sekolah, tanya bab faraid ni..semua ingat farid kamil.. 😡

  14. zulkbo says:

    salam..
    TAHU TAK PE..?
    dah berpeluang belajar dan mengembangkanya
    demi agama..apa salah di teruskan Adilah..
    di berkati Allah ilmu yang anda turunkan nanti
    generasi ke generasi..insyaallah🙂

  15. chii says:

    jangan kan faraid..add maths sendiri pun mcm kurang lepas..tp at least kalo ada basic sikit2 dlm ilmu ni pun.da ok kan =)

  16. puanbee says:

    Kalau nak belajar ilmu faraid ni , ada tk tempat yang betul2 di iktiraf utk kita belajar ek ? suka juga ..➡

  17. onlajer says:

    Rasa rugi dulu masa sekolah agama tak belajar betul2,sekolah hanya nak lulus periksa inilah jadinya ilmu tak diprakti jadi mudah lipa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s