Kenangan Lalu di Negara Orang

Assalamu’alaikum

Aku tengah kemas-kemas rumah, tertengok-tengoklah gambar lama. Memori semasa di UK dulu yang dah semakin luntur. Ayah aku ambil Master kat sana. Bila teringat semula, rasa nak pergi sana je lagi. Habis degree lah pulak kot?

Masa kat sana dulu, umur aku lebih kurang 5 hingga 6 tahun. Itupun aku ingat-ingat lupa dah. Aku ingat pergi ladang strawberry, pergi carboot sale, main dalam rumah dengan abang-abang aku, pergi sekolah menjerit-jerit “ummmiiiiii…..ummmmiiiii” (sambil seorang cikgu negro menenangkan aku dan suruh ummi aku pergi supaya aku tak nampak) . Bila ingat semula memang tak boleh blah. Rupanya aku ni daripada kecik lagi memang tak senonoh. Depan orang pun jerit-jerit padahal ummi kat kelas sebelah je pun. Haai. Tapi tu lah hakikatnya budak kecik. Mengada je lebih.

Ha, ni lah sekolah pertama dalam hidup aku. Sebelah aku tu abang aku yang ada anak nama Maryam Ameenah tu. Balik Malaysia terus sekolah darjah 1.

Gambar berlatar belakangkan London Bride is falling down. Is it falling down? Tetap teguh hingga ke hari ini.

Ni lah ladang strawberry yang aku maksudkan. Bukan setakat strawberry, semua benda ada. Buah pear ada, apple ada, rambutan ada, durian ada. Haa,percaya.percaya.

Gambar ni masa kami sekeluarga dah nak balik Malaysia. Singgah Mekah buat Umrah. Memori yang tinggal kat negara ni ialah masa aku kena himpit kat dalam sebuah masjid. Pastu ummi angkat aku tinggi, mujur aku bernafas sampai ke hari ni…Cuba tengok gambar gadis bertudung tu, kiut je muka dia macam @#$%^! Aku tak tau lah kalau muka macam tu memang muka keturunan aku adik beradik, tak tengok lagi abang-abang aku buat muka macam tu. Ayah aku pulak suka curi-curi ambil gambar masa diorang buat muka sekudu macam tu. Ahh,tidak. Tapi muka ni memang sampai besar aku boleh buat. Begitu istimewanya aku…….😀

Haa ni masa salji lebat. Kencang sungguhlah. Bestnya makan salji..Tak denya ice-ice blended perisa coklat ke vanila ke. Semuanya perisa tar.

Etahlah…aku rasa aku putih dah dalam gambar ni. Tapi cuba tengok budak sebelah kiri aku yang pakai kopiah tu, lagilah putih macam kapas..

Ummi ayah aku masa muda..Hensem dan cantik je…ahaks

Musim bunga di negara orang.. Memang kembang mekar..

Adik aku lah ni. Putih je dia. Balik sini terus berubah serta merta. Tapi aku ni kiut jugakkan kecik-kecik? Dulu kawan-kawan aku selalu cakap kalau masa kecik kita kiut, masa besar kita takkan cantik. Aku pun tak risaulah kalau aku tak kiut masa tu sebab bila dah besar mestilah aku cantik. Tapi aku tengok aku kiut je? Ahaai.:mrgreen:

Oklah, nak sambung kemas bilik. Asal kemas je jumpa barang-barang lama. Lepas ni mesti ada lagi. Tunggu….

This entry was posted in Album dan Video, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Kenangan Lalu di Negara Orang

  1. Affan Ruslan says:

    Kadang2 rasa jeles bila tgk gambar kawan2 sekolah masa kecik diorang tinggal di oversea. Teringin sgt nak g UK, lepas kahwin kut hahaha🙂

  2. maza says:

    ..maza pulak sempat gi padang sahara… tu pun kat belakang rumah atuk di Layang-layang, Johor.

    (Pokok getah baru kena tolak dengan jentolak dan mau ditanam semula daaa.. uhuk!)

    😆 😆 😆

  3. jelly gamat says:

    🙂 🙂
    comel comel…chuby…chuby….hihiih

  4. akubiomed says:

    Bapa saya berpeluang untuk melanjutkan peringkat Master tetapi terpaksa melepaskan peluang tersebut kerana ketika saya menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Besar sungguh pengorbanan beliau untuk anaknya.

  5. zulkbo says:

    salam..
    comel pulak anak Pak Hamzah ni
    kecik-kecik dulu..ermmm..tak
    sejuk ke main salji tu..?

  6. zulkbo says:

    ternyata anda memiliki wajah ibu anda
    sejuk mata memandang..nak tengok
    wajah anda 20 tahun lagi di situ la🙂

  7. Denaihati says:

    Askm. Banyak memori indah membesar di negara orang pulak tu

  8. tehr says:

    kenangan mengusik jiwa

    aku pernah gi thailand je
    tu pun sampai takbai je

  9. iza says:

    Assalam..
    Bestnya dapat merasa hidup di negara orang…
    Memang ciut la gambar masa kecil2 tu..
    Gambar sekarang mana?

  10. hatiputera says:

    mesti best erk kalau tinggal kat oversea apatah lagi UK,,,,

  11. titan says:

    emm..emm..sape budak-budak kecik tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s